KELAB Liga Super, Perak FC memulakan aksi pramusim mereka dengan langkah kanan selepas mengharungi aksi persahabatan menentang wakil Singapura, Geylang International di Stadium Perak, Ipoh.
Dalam aksi persahabatan yang diadakan pada Sabtu, skuad kendalian Yusri Che Lah mempamer persembahan baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Geylang.
Perak bermula garang apabila berjaya mendahului hasil gol Firdasu Saiyadi pada minit ke-6 sebelum sepakan penalti Harith Akif melebarkan pendahuluan The Bos Gaurus pada minit ke-32.
Pemain baharu Perak dari Republik Krygz, Adilet Kanybekov turut berada dalam senarai penjaring apabila melengkapkan kemenangan tuan rumah menerusi gol pada minit ke-66.
BACA LAGI: Nervous bawa Jalur Gemilang, Bryan sukar lupakan momen indah Olimpik Athens
BACA LAGI: Habib Haroon sudah touchdown di Alor Setar? Senarai skuad Kedah hampir lengkap
Melihat kepada persembahan yang baik ditonjolkan oleh para pemain Perak, ternyata ia amat menghiburkan penyokong terutamanya pada aksi pertama pramusim.
Keputusan yang diraih nyata memberikan keyakinan apabila Perak dilihat semakin seimbang dari segi komposisi skuad di segala posisi.
Para penyokong nyata memuji permulaan baik yang ditonjolkan dengan harapan Perak akan mampu bersaing dengan lebih hebat pada musim ini.
"Permulaan yang hebat namun banyak kerja rumah yang perlu dilakukan sebelum tirai Liga Super bermula pada Mei ini. Sekalung tahniah buat Perak, aksi persahabatan yang mendatang adalah lebih mencabar," kata penyokong bernama Wan Shahlizy.
"Tahniah Perak, permulaan yang amat manis walaupun persahabatan," ujar Rosli Ramli.
Melihat kepada persembahan baik dilakukan oleh para pemain, para penyokong mula menganggap Perak boleh menyasarkan kedudukan yang lebih tinggi dalam Liga Super musim ini.
The Bos Gaurus boleh pergi sehingga ke kedudukan lima terbaik jika mereka mengekalkan persembahan baik di pramusim.
"Corak permainan Yusri Che Lah cantik, squad depth pun mantap. Bila tukar pemain, yang masuk pun masih boleh beri impak dan taktikal serangan dan bertahan masih seimbang," ujar penyokong bernama Afiq Ghali.
"Tengok pada persiapan Perak musim ni, top 3 tak mustahil, top 5 pun dah okay," kata Adi Hadi pula.
"Dapat top 3 musim ni pun dah cukup padu," komen Awai Jamaluddin penuh yakin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram