Tak perlu harga mahal, Perak buktikan prospek Pantai Timur mampu ganti tempat ex import


  • Podium
  • Isnin, 25 Mac 2024

Perak menewaskan Geylang International 3-0 dalam aksi persahabatan. — Facebook/Perak FC

PERAK FC memulakan kempen aksi pramusim dengan kemenangan bergaya membelasah Geylang International FC dari Singapura 3-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Ahad.

Skuad Seladang yang menduduki tangga ke-11 Liga Super 2023 mendahului pada minit ketujuh menerusi Firdaus Saiyadi, sebelum Harith Akif melebarkan jurang pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti.

Pemain import Perak FC, Adilet Kanyabekov menjaringkan gol dengan rembatan kencang pada minit ke-66 untuk menamatkan perlawanan untuk pasukan tuan rumah.

Perlawanan pemanas badan berkenaan juga pastinya dapat mempengaruhi mood para pemain Perak FC sebelum memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada Mei ini.

BACA LAGI: Nervous bawa Jalur Gemilang, Bryan sukar lupakan momen indah Olimpik Athens

WhatsApp Image 2024-03-25 at 18.09.47

Harith berpindah dari Kelantan ke Perak pada jendela perpindahan pertama musim ini. — Facebook/Perak FC

BACA LAGI: Habib Haroon sudah touchdown di Alor Setar? Senarai skuad Kedah hampir lengkap

Malah, para penyokong juga gembira dengan persembahan para pemain baharu The Bos Gaurus (TBG) yang dianggap boleh membantu Perak untuk menyasarkan kedudukan lima terbaik pasukan.

Antara pemain yang sudah dianggap sebagai pembelian berbaloi ialah Harith kerana kerajinan dan keupayaannya di bahagian hadapan pasukan membantu Perak mendapat peluang menghasilkan jaringan gol.

Harith juga dianggap sebagai pengganti ideal untuk mengisi posisi yang ditinggalkan bekas penyerang import kelahiran Emene, Cristian Obiozor yang hanya mencetak satu jaringan gol pada musim lepas.

Kebijaksanaan Perak yang mampu mencari pemain muda meningkat naik seperti Harith tanpa mengeluarkan wang banyak juga wajar menerima pujian dan menjadi contoh kepada kelab lain.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan berhijrah ke Perak FC secara perpindahan percuma dari Kelantan FC selepas dia menjadi mangsa tunggakan gaji kelab Pantai Timur tersebut.

Pada musim lepas, Harith menjaringkan lima gol ketika menyarung jersi TRW dalam dua kejohanan berbeza iaitu Piala MFL dan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram