‘Senjata anda adalah pengetahuan’, TMJ ingatkan sejarah akan hanya kenang sang juara


  • Podium
  • Ahad, 24 Mac 2024

JDT merupakan juara Liga Super 10 kali berturut-turut. — JOHOR Southern Tigers

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan yang sukan bola sepak merupakan pertandingan yang 'keras'.

Dia yang membina empayar gemilang JDT dalam menguasai bola sepak Malaysia mengatakan ia memerlukan pengetahuan yang luas serta berada di atas dan mencapai kejayaan.

Kata TMJ, adalah penting untuk meletakkan diri di tempat yang betul kerana jika ia tidak dilakukan, segalanya tidak bermakna.

"Dalam industri pertandingan sukan, terutamanya bola seapk. Sehebat mana pun ada, jika anda berada di tempat yang salah, ia tidak bermakna. Kenapa?

"Kerana ia adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan keuntungan/kewangan anda perlu berjalan seiring. Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang dari yang ramai lagi," kata TMJ menerusi Instagram miliknya.

BACA LAGI: 'Tak mustahil Top 3', squad depth Perak FC dipuji seimbang lepas mula langkah kanan

2029867

TMJ berkata pengetahuan merupakan senjata terpenting meraih kejayaan. — JOHOR Southern Tigers

Dalam masa yang sama, TMJ menegaskan yang pengetahuan adalah senjata terpenting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

Jika pengetahuan digunakan di tempat yang betul, kejayaan pasti hadir. Dan kejayaan itu saja yang akan dikenang apabila masa kita telah berakhir di dunia kerana sejarah hanya akan mengingati pemenang.

"Senjata anda adalah pengetahuan dan kebijaksanaan membuat keputusan. Kehidupan/kerjaya anda adaah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat.

"Apabila masa anda berakhir, tiada siapa yang akan mengingati anda kerana orang hanya mengingati juara atau pemenang. Gunakannya dengan bijak," tegas TMJ lagi.

BACA LAGI: Lupakan duka di Muscat, tonggak Sabah FC tekad balas dendam di SNBJ

WhatsApp Image 2024-03-24 at 11.32.06

Kata-kata TMJ mengenai sengitnya persaingan dalam bola sepak. — Instagram/TMJ

Mungkin kerana inilah, TMJ begitu serius dalam membangunkan empayar JDT dalam bola sepak hingga berjaya membawa Harimau Selatan sebagai juara Liga Super untuk 10 musim berturut-turut.

Bukan itu saja, TMJ turut meluaskan jenama JDT ke sukan lain seperti hoki ais, futsal dan terbaharu iaitu permotoran menerusi JDT Racing Team. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram