PERANCANG tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, memberi bayangan bakal menjanjikan aksi kebangkitan dalam pertemuan kedua menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 26 Mac ini, lapor Stadium Astro.
Tonggak Sabah itu mengakui episod duka di bumi Muscat tempoh hari perlu dilupakan segera dan mengambil pelajaran dalam memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi keempat minggu depan.
Pemain tengah skuad kebangsaan itu beraksi baik pada separuh masa pertama sebelum dikeluarkan pada babak kedua permainan dan menyaksikan pasukan negara terpaksa akur dengan kekalahan 0-2.
BACA LAGI: Habib Haroon sudah touchdown di Alor Setar? Senarai skuad Kedah hampir lengkap
Stuart Wilkin (dua kanan) mahu membantu Harimau Malaya menewaskan Oman di SNBJ nanti. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga ketiga Kumpulan D berkongsi enam mata bersama Oman dan Krygyzstan, namun hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan sahaja.
"Saya berasakan kami boleh pelajari taktik yang mereka gunakan ketika menewaskan kami dan cuba untuk perbaiki setiap sudut kelemahan tersebut.
"Saya pasti kami boleh mengalahkan pasukan lawan nanti memandangkan kami juga pernah beraksi dalam perlawanan yang bertaraf tinggi sebelum ini.
"Kami berharap dapat melupakan perlawanan bertemu Oman sebelum ini dan fokus dalam aksi kedua untuk mendapatkan keputusan yang baik di Stadium Bukit Jalil nanti." katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram