Idea cari seri makan diri, Pan-gon akui level fitnes kurang tapi enggan jadikan alasan


  • Podium
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Harimau Malaya gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila pintu gawang skuad kebangsaan dibolosi dua gol oleh Oman. — Facebook/FAM

HARAPAN Harimau Malaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak kesampaian apabila tewas kepada Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos pada Jumaat.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagaimanapun masih meletakkan harapan tinggi skuad kendaliannya akan bangkit untuk membalas dendam dalam aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 26 Mac nanti.

"Tahniah kepada Oman, mereka bermain dengan baik. Kami akan mengkaji semula corak permainan dan melakukan pemulihan yang diperlukan dan bangkit semula di Kuala Lumpur.

"Mungkin idea untuk seri di Muscat menjejaskan pemain, ditambah kami kurang cegas kerana kurang perlawanan. Tetapi ini bukan alasan. Kami berada dalam situasi itu, menghadapinya dan dalam bola sepak peringkat tinggi, anda mesti menyesuaikan diri," kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

BACA LAGI: Zainal Abidin petik 2 pencabar JDT, enggan nilai kualiti import baharu Harimau Selatan terlalu awal

WhatsApp Image 2024-03-22 at 10.03.17

Skuad Harimau Malaya menelan pahit apabila tewas 0-2 kepada Oman di laman lawan. — Facebook/FAM

BACA LAGI: 'Mana ada ofsaid?' keputusan kontroversi buat Harimau Malaya kempunan di Oman

Tambahnya lagi, perlawanan di laman sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukan negara dan berharap pemain mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi meneruskan misi layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

"Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza. Bagaimanapun kami mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kami mempunyai tiga perlawanan lagi,” katanya.

Dalam pertemuan ketiga berkenaan, kekurangan kecergasan perlawanan jelas menunjukkan Harimau Malaya sukar untuk bersaing dengan pasukan tuan rumah yang diketuai oleh Jaroslav Silhavy.

Dalam aksi tersebut, Issam Al-Sabhi menjaringkan gol pertama pada minit ke-58, manakala gol kedua dijaringkan oleh Muhsen Al-Ghassani pada penghujung perlawanan.

Kekalahan 0-2 itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan D dengan Oman gah menghuni tangga pertama. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram