KETUA Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail menggesa semua pihak terlibat dalam penawaran dan penerimaan kontrak agar menghormati institusi perundangan bola sepak supaya isu pelanggaran kontrak dapat dinoktahkan, lapor Stadium Astro.
"Apabila semua pihak faham isi dan kesan kontrak yang ditandatangi, ia sudah cukup untuk mempersiapkan semua pihak menghadapi musim depan.
"Ia agar kita boleh tahu bila gaji perlu dibayar dan perkara yang akan berlaku sekiranya tidak dibayar.
"Apabila semua orang faham bahawa kita ada undang-undang yang meliputi isu kontrak, ia sudah sudah memadai untuk Liga Malaysia tanpa isu gaji yang sangat mengganggu bola sepak Malaysia selama ini," katanya.
BACA LAGI: Sudah kaji Oman, Kim Pan-gon yakin Harimau Malaya bawa bekalan satu gol
CEO PFAM (kemeja putih) berpandangan bahawa isu tunggakan gaji bukanlah satu perkara baru dalam saingan liga domestik.
BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?
Izham yang ditemui dalam satu majlis berbuka puasa anjuran PFAM di Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur pada Selasa juga berpandangan bahawa isu tunggakan gaji bukanlah satu perkara baru dalam saingan liga domestik dan menolak kemungkinan isu tersebut akan berlarutan.
"Ia sentiasa berlaku dan kami sentiasa bersedia dengan isu ini.
"Itulah gunanya kesedaran. Saya menyeru semua pihak agar lebih cakna dengan kontrak yang ditandatangi agar tiada masalah pada kemudian hari," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram