KONTROVERSI merupakan sesuatu perkara sering tercetus dalam mana-mana sukan, termasuk yang melibatkan seni pertahankan diri seperti tinju dan lain-lain.
Salah satu insiden sukar dilupakan adalah ketika pertemuan antara Murthel Groenhart dan Harut Grigorian yang berlangsung di Paris pada 2017.
Dalam pertembungan Glory 42 itu, kedua-dua peninju beraksi dengan baik memasuki pusingan kedua memandangkan mereka merupakan dua nama yang disanjung dalam kategori 'Walterweight'.
Tetapi, ketika dua minit berbaki dalam pusingan itu, Grigorian yang merupakan peninju dari Armenia secara tiba-tiba berpaling daripada lawannya berkenaan.
Menyedari peluang terbabit, Groenhart mengambil keputusan melakukan tumbukan tepat di wajah Grigorian yang seakan-akan mahu menghentikan aksi buat sementara waktu.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak babit pertumpahan darah, gusti bantal peringkat dunia kini jadi bualan
Murthel Groenhart KO's Harut Grigorian and then gets assaulted in the ring. Protect yourself at all times. Chaos. #GLORY42 pic.twitter.com/LraVpsL8HL
— caposa (@Grabaka_Hitman) June 10, 2017
Pukulan itu menyaksikan peninju tersebut tumbang sebelum pengadil menandakan supaya perlawanan perlu dihentikan untuk memberikan bantuan kecemasan.
Groenhart yang menyedari isyarat daripada pengadil menandakan kemenangan 'total knock out' (TKO) berpihak kepadanya tidak menunggu lama untuk meraikannya dengan berdiri di salah satu tiang gelanggang sambil tersenyum.
Tindakannya tersebut membawa padah apabila secara tiba-tiba, dua individu tidak dikenali memasuki gelanggang sebelum melakukan serangan fizikal terhadapnya.
Mereka yang disyaki penyokong Grigorian memakai baju putih dan berseluar jean biru terpaksa ditahan pegawai ketika Groenhart masih menahan kesakitan daripada serangan tersebut.
Berdasarkan laporan, Groenhart yang kini berusia 37 tahun diberikan kemenangan kerana tindakannya ke atas lawannya tidak melanggar sebarang peraturan.
BACA LAGI: [VIDEO] Jaguh gusti tangan tersenyum 'menganjing' lawan lepas kena provok
Insiden itu menyebabkan kekecohan daripada kedua-dua pasukan. — Agensi
Ini disebabkan pengadil tidak memberhentikan perlawanan, sekali gus membuktikan kesalahan berada di bahu Grigorian yang bersahaja sehingga memberi ruang buat lawannya.
Perkara terbabit tidak memberi kesan buruk terhadap hubungan profesionalisme antara satu sama lain kerana mereka masih berpelukan ketika pengumuman pemenang dibuat.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan berbeza, Groenhart mengalami kecederaan di muka, namun tidak membuatkannya menarik diri daripada sukan diminatinya itu.
Kedua-dua mereka bertembung sekali lagi dalam Glory 50 pada 2018, cuma kemenangan kali ini berpihak kepada Grigorian yang hanya memerlukan dua minit untuk mencatatkan kemenangan.
Kini, masing-masing difahamkan sudah tidak terlibat aktif dalam sukan tinju melihat kepada usia mereka yang semakin lanjut dan kecenderungan menjadi seorang jurulatih. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram