[VIDEO] Aksi belum panas, siku peninju dah terpusing kena tumbuk lawan


  • Podium
  • Rabu, 13 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik Nouainia (kiri) berdepan situasi cemas selepas sikunya patah ditumbuk lawan. — Agensi

JIKA disebut nama Ramzi Nouainia, mungkin anda tidak kenal siapakah dia melainkan anda seorang peminat sukan tinju.

Tapi jika anda masih ingat, ada kisah seorang peninju yang pernah mengalami patah siku ketika beraksi dalam perlawanan yang berlangsung di Thailand.

Kejadian itu menyaksikan Nouainia yang baru sahaja memulakan aksi dengan peninju lain tiba-tiba terkejut selepas melihat sikunya terpusing berikutan terkena tumbukan lawan.

BACA LAGI: 'Kelab terbuka beri peranan coaching staff tapi...', CEO NSFC jawab isu penamatan kontrak Zaquan Adha

BACA LAGI: 'Ikut pelan nak sertai barisan jurulatih', Zaquan Adha reda kontrak tak disambung di NSFC

Jika dilihat secara dekat dalam rakaman itu, siku Nouainia seolah-olah beralih kedudukan dengan tulang siku kelihatan sedikit terbonjol.

Menariknya, dia tetap tenang menghadapi situasi cemas itu dan enggan meneruskan perlawanan tersebut.

Kini, kisahnya kembali tular di laman sosial Instagram yang menunjukkan detik-detik dia mengalami kecederaan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, pengadil perlawanan turut memainkan peranan penting dengan menghentikan aksi tersebut.

Menariknya video tersebut, lawannya turut memahami insiden berkenaan dan menghormati keputusan pengadil yang mahu menghentikan aksi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram