AKSI bergurau senda bersama kawan bertukar tragedi selepas seorang remaja terjatuh di sebuah landasan kereta api di Moscow, Rusia.
Kejadian yang berlaku pada Disember 2023 itu dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama dengan dua lagi rakannya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa yang berumur 18 tahun itu dilihat sedang bergurau menunjukkan aksi meninju.
BACA LAGI: Leka rakam kereta api lalu demi konten, pelajar sekolah maut dirempuh tren dari arah kontra
BACA LAGI: Salah hantar signal, 2 kereta api bertembung hingga korbankan 13 nyawa
Beberapa saat kemudian, mangsa dilihat melompat sehingga menghampiri laluan kereta api sebelum terjatuh dan diseret kenderaan itu.
Ketika itu, dua lagi rakannya kelihatan panik sebelum masing-masing bertindak pantas menarik mangsa ke atas kembali.
Pada masa sama, rakan mangsa dilaporkan sempat menghubungi ambulans ketika kejadian.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat selepas dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan.
Jabatan Pengangkutan di bawah Jawatankuasa Penyiasatan Rusia kemudian mengesahkan bahawa rakan-rakan mangsa menjadi penyelamat ketika kejadian.
Sementara itu, pihak berkuasa juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram