KEHADIRAN pemain yang cukup berkualiti dalam sesebuah pasukan seperti bulan jatuh ke riba apatah lagi individu itu memberi impak dalam membantu skuad melakar keputusan memberangsangkan.
Sebut sahaja nama pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, dia sememangnya cukup dikenali dengan karakter dan personaliti yang penting sebagai seorang kapten.
Sepanjang kariernya dalam bola sepak, Safiq melakar sejarah selepas bergelar Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala AFC 2015 dengan mencetak enam gol dalam tiga perlawanan.
Susulan prestasi cemerlangnya, bekas pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez dilaporkan berkata, Safiq memainkan peranan penting dalam membantu JDT di pentas Asia.
BACA LAGI: Daniel Ting rasai kehilangan duo JDT namun enggan lepaskan peluang
Safiq mencetak hatrik dalam saingan Piala AFC 2016. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
BACA LAGI: Imbau momen bas 'diusik', bekas pemain ragbi kebangsaan kongsi suka duka di ISN
“Safiq adalah watak penting untuk JDT, dia berbakat dan boleh mencipta peluang bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga rakan sepasukannya.
"Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengharapkan dia untuk menjaringkan gol,” kata Gomez.
Ketua pasukan skuad kebangsaan yang diturunkan pada separuh masa kedua perlawanan ketika itu berjaya menyempurnakan dua gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Lao Toyota FC pada 16 Mac 2016 dalam perlawanan kedua Kumpulan H di Stadium Larkin, Johor.
Jaringan hatrik Safiq merupakan antara sebab terbesar skuad Harimau Selatan berjaya mencatatkan kejayaan bergaya itu dengan barisan kejurulatihan lawan juga cukup terpersona dengan kebolehannya.
Ketika itu, Safiq menjaringkan hatrik dalam kemenangan 8-1 mereka ke atas Ayeyawady United wakil Myanmar pada 24 Februari 2016 serta gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Bengaluru dari India pada 9 Mac tahun sama.
Ketika ini, Safiq masih lagi setia beraksi bersama Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram