KEHADIRAN pengendali kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner dalam skuad Sang Penyu sememangnya memberi impak besar terhadap pemilihan import pasukan.
Buktinya, dua pemain dari negara Eropah itu disambar Terengganu FC iaitu penyerang, Ivan Mamut serta seorang pemain tengah, Domagoj Pusic.
Meskipun Pusic hanya kekal semusim, rakan sepasukannya dijulang penyokong selepas menghasilkan kebangkitan bergaya pada penghujung musim dengan membawa pasukannya ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Perkara itu sekali lagi disaksikan pada jendela perpindahan kali ini apabila kelab Pantai Timur terbabit menyambar pemain tengah dari Croatia, Marin Pilj.
BACA LAGI: Terengganu bukan pilihan pertama Marin Pilj, cerita pahit dengan kelab lama punca ke Sang Penyu
Marin merupakan import terbaru skuad Sang Penyu yang tiba dari Croatia. — Facebook/Terengganu FC
Dia yang sebelum ini beraksi untuk NK Varazdin dianggap sebagai komponen terakhir diperlukan Tomislav dengan mereka seperti tidak akan berbelanja lagi selepas ini.
Kehadiran pemain-pemain itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai melihat Terengganu FC sebagai kelab yang gemar menggunakan 'DNA Croatia' dalam misi mencabar gelaran Liga Super.
Hal itu seakan-akan turut diakui peminat bola sepak Croatia yang menyedari perancangan skuad Sang Penyu sehinggakan mereka sanggup membangunkan sebuah laman Facebook untuk menghargai peluang diberikan tersebut.
Laman yang dinamakan Terengganu FC Croatia itu kini memiliki lebih 2,900 pengikut dengan rata-ratanya berminat untuk mengetahui perkembangan kelab itu.
BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan Terengganu, KDN FC tak perlu cabar TRW untuk jadi kelab 'terpaling' Kelantan
Laman Facebook itu kini mula mendapat perhatian peminat bola sepak di Croatia. — Facebook/Terengganu FC Croatia
"Sebuah akaun Facebook yang didedikasikan untuk penyokong Terengganu FC dari Croatia yang boleh mengumpulkan lebih ramai peminat dari seluruh dunia.
"Kami akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi buat kelab ini di samping berkongsi berita dan membangunkan hubungan baik antara satu sama lain," tulisnya.
Pendedahan sebegitu membuktikan bahawa kelab Liga Super mampu menempa nama di peringkat global dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) juga berjaya berbuat demikian.
Terengganu FC bakal mempunyai tujuh import musim depan dengan misi mereka merebut slot ke pentas Asia semakin rancak melihat kepada lambakan pemain dimiliki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram