Terengganu bukan pilihan pertama Marin Pilj, cerita pahit dengan kelab lama punca ke Sang Penyu


  • Podium
  • Isnin, 18 Mac 2024

Marin akan menyarung jersi nombor 60 bersama Terengganu. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC (TFC) akhirnya mengumumkan kahadiran pemain tengah baharu, Marin Pilj sebagai bintang import terakhir pasukan Sang Penyu bagi membantu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pilihan ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner untuk bergandingan bersama Nurillo Tukhtasinov, Manuel Ott dan Akram Mahinan bagi mengemudi jentera tengah tahun ini.

Sebelum ke bumi Darul Iman, Marin mempunyai pengalaman bersama pasukan Osijek, Olimpija Ljubljana serta Varazdin untuk Liga Croatia dan semestinya ia boleh membantu menambah kualiti buat pasukan Terengganu FC bagi musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, kehadirannya adalah untuk mengisi kuota import bebas yang turut diisi oleh Ismaheel Akinade, Matthew Steenvorden dan Ivan Mamut.

BACA LAGI: Dikaitkan ke Sang Penyu, kisah 'transit' Tan Cheng Hoe berulang?

"Marin adalah pendatang baharu di Malaysia (Liga M). Beliau sebelum ini beraksi bersama pasukan Olimpija Ljubljana di Liga Crotia. Kehadiran Marin secara rasminya melengkapkan barisan skuad Penyu musim ini.

"TFC mempunyai harapan penuh agar beliau (Marin) dapat memperkemaskan jentera tengah TFC dan membantu pasukan mencapai sasaran menjulang satu piala musim 2024/2025," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kehadiran Marin sememangnya ditunggu-tunggu oleh penyokong kerana gambarnya bersama Steinbruckner sudah tersebar di media sosial dan sejak itu, pemain ke-12 Sang Penyu tidak sabar untuk menyaksikan kelibatnya di sesi latihan TFC.

BACA LAGI: Tak lama lagi sampai, Marin rupanya pernah beraksi dengan bekas import Sang Penyu

isi dalam 2

Marin berpengalaman beraksi di Liga Croatia dan Slovenia. — Agensi

Pasukan Pantai Timur itu bagaimanapun bukan pilihan pertama bekas jentera tersebut apabila difahamkan dia ingin menyambung kontrak bersama Varazdin namun tidak mencapai kata sepakat bersama bekas majikannya berkenaan.

Memetik laporan Football Planet, pengurusan Varazdin mahu menandatangani kontrak baharu dengannya pada penghujung tahun lalu namun rundingan menemui jalan buntu sehingga Marin menamatkan kerjasamanya dengan kelab tersebut.

Untuk rekod, Marin menandatangani kontrak dengan Varazdin pada September 2022, selepas berpisah dengan Olimpija dan menjaringkan tiga gol dan dua hantaran bantuan dalam 48 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram