Fayadh bukan saingan tapi faktor lain jadi kerisauan Messi Ganu gagal bagi impak bersama Kedah


  • Podium
  • Selasa, 19 Mac 2024

Faiz Nasir direkrut oleh Kedah daripada Terengganu. — KDA FC

WALAUPUN terpalit dengan pelbagai isu terutamanya melibatkan kewangan, tetapi Kedah Darul Aman FC tetap perlu menjalankan urusan keluar masuk pemain bagi musim baharu.

Terbaharu, mereka mendapatkan pemain berpengalaman iaitu Faiz Nasir dari Terengganu FC. Pemain yang menerima gelaran 'Messi Ganu' ini dilihat boleh menawarkan pelbagai nilai tambah kepada barisan serangan Kedah.

Ditambah pula dengan nilai sentimental Faiz terhadap Kedah, membuatkan pemain itu dilihat mahu memberikan segalanya bagi Sang Kenari kerana sudah laman ingin menyertai mereka.

"Saya pernah dilamar oleh Kedah ketika di peringkat awal penglibatan saya dalam Liga Premier bersama-sama PBAPP FC.

"Saya gembira untuk menabur bakti bersama-sama Kedah dan dengan adanya Nafuzi Zain, saya lebih selesa untuk beraksi walaupun bersama rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

"Saya mahu kembali ke puncak prestasi dan membantu Kedah kekal sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia," kata Faiz selepas diperkenalkan sebagai pemain baharu Kedah.

BACA LAGI: Kisah seperti bintang The Magpies, import baharu TFC dedah cerita sedih pilih nombor jersi 60

BACA LAGI: Dapat slot Olimpik sekalipun Harimau Muda tak akan panggil Arif Aiman

Walaupun bersemangat untuk membantu Kedah, namun kehadiran Faiz menerima reaksi yang tidak begitu baik dalam kalangan penyokong Sang Kenari.

Hal ini kerana, mereka menganggap Faiz sudah tidak lagi berada pada puncak prestasinya dan berkemungkinan tidak akan memberikan impak hebat kepada Kedah.

"Dah tak berapa nak laku dah," kata pemilik akaun bernama Buka Mulut Muhong.

"Umur dah 32 tahun dah, kalau masih 27, 28 tahun tak apa juga. Tak apa, kita tunggu dan lihat," ujar Firdaus Abu Bakar.

"Cuma nak pesan, nanti main tu elok-elok. Takutlah nanti duk 'ankara' Messi, 'ankara' Messi, lepas liga mula jadi 'angkena' Messi, 'angkena' Messi," pesan Elnino Margarita kepada Faiz.

Namun begitu, masih ada yang menaruh kepercayaan kepada Faiz supaya mampu beraksi baik lantas menghadiahkan kecemerlangan buat Kedah.

Mutu permainannya mungkin semakin menurun tetapi kualiti pemain tersebut tidak pernah hilang.

"Padu dia ni kalau kena taktikal, boleh menjadi," kata penyokong bernama Aniff Tuah.

"Masa Nafuzi latih dia dulu, padu juga dia ni," komen Mohd Hanif.

"Kita bagi peluang dulu, dalam keadaan pasukan tengah bangkit semua peluang mesti diambil. Mungkin ada kebaikan (hasil) kedatangan dia," ujar Asyrul Firdaus Hasnul pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram