PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang merangkul gelaran pertama dalam saingan pentas akhir All England.
Pasangan nombor lima dunia itu terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas di tangan juara bertahan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 16-21, 16-21 pada aksi final di Utilita Arena, Birmingham.
Dalam perlawanan tersebut, beregu negara itu dilihat banyak melakukan kesilapan mudah sehingga membolehkan pemain lawan mengutip mata percuma.
Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pada final 2019.
BACA LAGI: Daniel Ting rasai kehilangan duo JDT namun enggan lepaskan peluang
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergelar naib juara dalam saingan pentas akhir All England. — Facebook/BAM
BACA LAGI: Baka Belanda, Uzbekistan 'sama-sama naik' import Brazil, dominasi kuota import Liga M 2024
Kekalahan keempat mereka dalam lapan pertemuan menentang Fajar-Rian menyaksikan penantian perit Malaysia untuk kejuaraan beregu lelaki berterusan.
Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan itu 17 tahun lalu menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Beregu negara itu tampaknya kecewa dengan keputusan berkenaan dan akui gandingan Indonesia itu tampil cemerlang aksi tersebut.
"Mereka berjaya mengawal perlawanan dengan baik, strategi kami tidak berjaya. Peluang itu ada tapi bukan mudah nak menang, kata Aaron.
Menurut Wook Yik, mereka sudah cuba melakukan yang terbaik pada set kedua namun terpaksa akur dengan aksi konsisten yang ditampilkan oleh jaguh Indonesia itu.
"Dalam perlawanan kedua, kami cuba bersungguh-sungguh untuk melakukan yang lebih baik tetapi pemain Indonesia konsisten sepanjang perlawanan," katanya. — The Star/R.KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram