MENJELANG perpindahan keluar masuk Liga Malaysia (Liga M), turut menjadi persoalan sama ada ialah mengenai pemain yang akan dibawa masuk ke dalam skuad Kuala Lumpur (KL) City FC, lapor Stadium Astro.
Pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam dalam sesi temubual pada Sabtu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sempat bertanya akan spekulasi tentang minat Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC dan pihak pengurusan untuk mendapatkan khidmat Brendan Gan.
Nyata Stanley tidak menafikan bahawa pihak pengurusan dan para pemain memiliki hasrat untuk melaksanakan perkara itu.
"Kami ada impian tetapi masih awallah sebab kami berada dalam fasa di mana kita perlu realistik tetapi yang pentingnya saya rasakan kita masih menunjukkan yang kami berminat," katanya.
Stanley Bernard (kanan) bersama penaung KL City FC, Fahmi Fadzil. — Facebook/KLcityfc
BACA LAGI: Skor lawan Nepal 'tiket' Mukhairi Ajmal pikat Pan-gon lawan Oman
Sementara itu, pembayaran tunggakan gaji kelab tersebut akan disegerakan walaupun tarikh akhir pertama berakhir pada Jumaat.
Kehadiran Penaung KL City FC, Fahmi Fadzil, bagaimanapun memberi sinar baru kepada The City Boys untuk kekal beraksi dalam Liga M.
Fahmi berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, telah mencapai kata putus untuk menyegerakan beberapa perkara bagi membantu menjelaskan bayaran.
"Jadi saya telah meminta Datuk Bandar agar berhubung segera dengan pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyatakan komitmen DBKL dan saya juga untuk menyelesaikan perkara ini.
"Jadi Insya-ALLAH dalam masa tidak terlalu lama mengikut proses-proses yang tertentu yang kita akan lunaskan.
MFL sebelum ini menetapkan setidak-tidaknya 50 peratus tunggakan gaji perlu dilangsaikan secara berperingkat dan perlu berusaha menyelesaikan perkara berkenaan sebelum 29 Mac ini.
Fahmi dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan buat Khalid Samad, yang telah meletak jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur pada Jumaat (15 Mac 2023) atas sumbangan tenaga sejak mengemudi kelab berkenaan pada 2019.
Dalam perkembangan sama, Stanley turut mengumumkan pembantu jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac dilantik sebagai ketua jurulatih skuad The City Boys dalam mengharungi musim baharu tahun ini selepas Nenad Bacina meletak jawatan secara mengejut pada Jumaat.
"Pemilihan jurulatih kelahiran Croatia itu adalah bagi meneruskan kesinambungan corak latihan diterapkan jurulatih terdahulu bagi memastikan kualiti pemain terus meningkat ketika beraksi dalam padang," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram