JENDELA perpindahan Liga Malaysia (Liga M) pertama yang sedang berlangsung ketika ini hadir dengan pelbagai kejutan dan penghijrahan kontroversi melibatkan beberapa pemain serta pasukan Liga Super.
Letak tepi dahulu mengenai masalah kontroversi yang berlaku dalam edisi jendela perpindahan kali ini, penyokong pastinya lebih gemar untuk menyoroti kisah pemain baharu masing-masing.
Selain kisah bersama bekas pasukan, tanah kelahiran bekas pasukan juga akan mengukur pengaruh pemain baharu dengan bintang import deri negara seperti Brazil, Argentina dan Eropah akan menjadi tumpuan penyokong.
Tetapi, tahun ini menyaksikan beberapa pemain dari benua Asia Tengah menjadi pilihan pasukan dengan ada daripadanya dikenali dari saingan Piala Asia 2023
Kali ini, Majoriti menyenaraikan tiga negara yang menjadi sumber utama kelab Liga Super musim mencari lubuk bintang import bagi edisi jendela perpindahan pertama akan bermula dari 3 Februari hingga 26 April 2024;
1) Brazil
Negara yang terletak di Amerika Selatan, Brazil boleh dikatakan sebagai lubuk pemain bola sepak dunia apabila kelab ternama di Eropah, Timur Tengah dan Asia sentiasa diisi dengan import 'Samba' untuk memperkukuhkan pasukan masing-masing.
Kehadiran tonggak dari Brazil juga sudah lama menghiasi Liga Malaysia (Liga M) dan hampir setiap tahun, ada sahaja pemain dari negara itu mengisi kuota import kelab domestik sama ada sebagai penyerang, pemain tengah mahupun jentera pertahanan.
BACA LAGI: Masih segar di ingatan, pemain variasi Korea Selatan jadi striker tak didendang Kedah
Murillo antara import Brazil yang direkrut pada musim ini. — Facebook/JDT
Jendela perpindahan pertama ini menyaksikan seramai tiga import baharu dari Brazil dengan pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Penang FC dan Perak FC mempertaruhkan khidmat pemain dari negara yang melahirkan bintang terkemuka sensasi seperti Ronaldo dan Ronaldinho.
Skuad Harimau Selatan membawa masuk Murillo untuk menjadi pemain sandaran kepada Corbin Ong di posisi bek kiri, Luiz Henrique Motta diberi kepercayaan mengemudi pertahanan tengah Perak dan Penang FC merekrut Rodrigo Dias sebagai penyerang utama.
Namun, senarai import Brazil berpotensi untuk bertambah kerana masih ada beberapa pasukan Liga Super belum mengumumkan kehadiran pemain import mereka bagi saingan musim 2024/2-25 ini.
2) Uzbekistan
Kemunculan bintang import dari Uzbekistan sudah mula bertapak sejak musim 2015 iaitu kehadiran Vokhid Shodied ke Perak FC sebagai penyerang dan pemain tengah bertahan, Lutfulla Turaev ke Felda United.
Kehadiran dua pemain itu bagaimanapun kurang memberikan impak sehinggalah Sanzhar Shaakhmedov hadir ke bumi Terengganu FC pada musim 2018/19 yang membantu membuka pintu rezeki pemain dari negara Asia Tengah itu.
Untuk rekod, Sanzhar beraksi dalam 33 perlawanan dan berjaya mencetak 13 jaringan dan tiga bantuan gol dalam saingan Liga Super untuk Terengganu, selain dikenali sebagai salah seorang pemain yang rajin dan kreatif dalam merencana serangan pasukan.
BACA LAGI: Rexy suka Aaron-Wooi Yik nikmati All England, moga ulang kejayaan Kien Keat-Boon Heong
Selain Kedah, Nurullaev sebelum ini hanya beraksi di Uzbekistan. — Facebook/KDAFC
Selain pengaruh Sanzhar, kecemerlangan Uzbekistan sehingga ke suku akhir Piala Asia 2023 membuatkan Selangor musim ini membeli Umar Eshmurodov bagi menggantikan Yazan Al-Arab di posisi bek tengah.
Pengaruh Uzbekistan tidak berhenti dengan pembelian Umar apabila Kedah Darul Aman FC menjadi pasukan kedua musim ini yang mempercayai kemahiran pemain negara itu selepas sanggup membayar kelab Uzbekistan, Nasaf Qarshi sebanyak 100,000 euro (RM513,104) untuk menebus kontrak Sukhrob Nurullaev.
Pengganti Manuel Hidalgo di bahagian sayap itu pernah menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Uzbekistan apabila Nurullaev pernah mewakili negaranya dalam semua peringkat umur hinggalah ke skuad bawah 23 tahun (B-23).
3) Belanda
Jarang sekali mendengar pasukan Liga M membeli pemain kelahiran Belanda. Senario berkenaan mungkin jarang berlaku dek stigma bintang import kelahiran Eropah mempunyai gaji yang agak mahal.
Buktinya, Sylvano Dominique iaitu bekas penyerang Kuala Lumpur (KL) City FC pada musim 2018 hingga 2019 merupakan pemain pertama dari Belanda yang bermain di saingan liga domestik.
Steenvoorden yang mempunyai darah Indonesia berhasrat untuk menyarung jersi skuad Sang Garuda. — Facebook/TFC
Lima tahun berlalu menyaksikan seramai dua pemain campuran Belanda berhasil menembusi pasaran Liga M iaitu Matthew Steenvoorden sebagai bek tengah baharu skuad Sang Penyu dan penyerang kanan Selangor, Alvin Fortes.
Steenvoorden Steenvoorden sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Pakhtakor Tashkent di liga utama Uzbekistan dan pemain campuran Indonesia-Belanda itu turut membantu pasukan ini mempertahankan kejuaraan kali keempat berturut-turut.
Fortes tampil dalam 35 perlawanan Liga Thailand dan menjaringkan 11 gol serta lima hantaran bantuan sejak Disember 2022. Pemain campuran Belanda-Cape Verde itu akan bergandingan dengan Faisal Halim dan Ronnie Fernandez. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram