PERSIAPAN pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) diteruskan dengan aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC seperti mana diumumkan pada Sabtu.
Dua perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 20 dan 22 Mac itu pasti akan menguji anak-anak buah Hector Bidoglio.
Ketiadaan pemain kebangsaan yang melaporkan diri untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 membuka peluang buat pemain baharu dan 'ubi muda' beraksi.
Bagaimanapun, penyokong JDT masih teruja bagi perlawanan terbabit kerana kedua-dua kelab berkenaan boleh diangkat sebagai antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
BACA LAGI: Tak lut dengan psiko fans Sang Penyu, JDT lagi gerun kualiti padang SSINS teruk
Chonburi memilih JDT untuk mengadakan dua aksi persahabatan pada 20 dan 22 Mac. — Facebook/Chonburi FC
Malah, bagi mereka, keputusan Chonburi FC untuk hadir ke Johor bagi dua aksi terbabit membuktikan skuad Harimau Selatan sudah mempunyai nilai tersendiri.
Ini kerana sekiranya hendak dibandingkan pada tahun-tahun lalu, JDT terpaksa berkelana ke Thailand untuk menguji pasukan pada tempoh pramusim.
"Dahulu, pasukan dari Liga Thailand ni tidak pandang pun kita sampai perlu ke sana untuk aksi persahabatan. Kini, masing-masing mula berlumba-lumba untuk ke Stadium Sultan Ibrahim," kata Mikael Hassan.
"Tidak payah susah-susah untuk kita pergi ke Thailand. Pasukan mereka sendiri yang akan datang ke sini," kata Wanz Sp.
BACA LAGI: Dah macam JDT, Selangor dan TFC mungkin jadi 'port' baharu panaskan bangku simpanan
Police Tero ketika melawat fasiliti latihan skuad Harimau Selatan baru-baru ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Amboi, JDT sudah menjadi tarikan kelab Thailand. Inilah contoh yang perlu diikut. Apabila pasukan ada kualiti, maka dapat tarik minat orang luar," kata Jamal JM.
Pada Sabtu, jaguh Liga Super berkenaan mengalu-alukan kehadiran sebuah lagi kelab Thailand, Police Tero FC yang mengadakan sesi latihan di fasiliti pasukan itu.
Ia sekali gus membuktikan JDT memiliki tarikan dalam kalangan kelab Asia Tenggara setelah bertahun-tahun bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC.
Kali terakhir skuad Harimau Selatan mengadakan aksi persahabatan pramusim adalah pada 2019 dengan mereka memilih Ratchabur Mithr Pol, Bangkok United dan PTT Rayong sebagai lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram