Sentuhan magis ex coach Todak beri harapan Kotex Elimin8tors raih gelaran juara.


  • eSports
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Kotek Elimin8tors menjadi pasukan profesional MLBB pertama dalam negara yang bakal bersaing dalam MPL MY. — MyGameOn

MENJELANG perlawanan Liga Profesional Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) Malaysia bagi musim ke-13 (MPL MY S13), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama syarikat produk pengguna, Kotex mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan pasukan MLBB wanita tempatan yang pertama.

Kotex Elimin8tors yang dibarisi oleh lima pemain wanita muda, iaitu Nurul Effa Fauzana (Fafau), Siti Sarah (Ecstatic), Intan Syafinaz (Intan), Afrina Balqis (Rina) dan Nurul Ain Salshabilla (Beyya) dipersiapkan untuk bersaing dalam Liga Profesional MLBB tersebut.

Berkongsikan persediaan mengenai perlawanan tersebut, kapten pasukan Kotex Elimin8tors, Nurul Effa Fauzana berkata, pasukannya kini bersedia untuk menghadapi cabaran dalam kejohanan itu.

"Agak besar cabaran dia sebab kita biasa dapat lelaki yang saja boleh main di peringkat tertinggi, jadi kita Kotex Elimin8tors sebagai atlet wanita juga boleh buktikan kemampuan kita untuk sampai ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada Majoriti.

Di samping itu, ditanya mengenai tanggungjawab sebagai seorang wanita yang mewakili e-sports Malaysia, Nurul Effa Fauzana atau mesra dengan panggilan Fafau itu berkongsikan mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul olehnya.

"Tanggungjawab akan lebih besar sebagai wanita kerana semua wanita akan menjadikan saya sebagai contoh, jadi saya kena menampilkan perilaku yang baik," jelasnya.

Selain itu, Fafau juga sempat berkongsikan mengenai prestasi rakan sepasukannya ketika ini.

WhatsApp Image 2023-12-15 at 23.07.02

Barisan pemain Kotex Elimin8tors. — MyGameOn

"Tak susah sangat, mereka pun tahu kalau sudah menyertai pasukan ini, mereka kena jadi profesional sedikit," kongsinya.

Malah, Fafau sempat memberi pendapat mengenai pihak Kotex yang memberi kepercayaan dan sokongan untuk membantu atlet wanita dalam perlawanan tersebut.

"Syarikat Kotex membantu wanita sangat baik kerana memberi banyak kelebihan contoh training session dan kemudahan yang lengkap.

"Dengan adanya sokongan seperti itu, ia akan membantu syarikat lain membuka mata mereka untuk memberi kepercayaan kepada atlet wanita," jelasnya.

Tambahnya lagi, pengalaman jurulatih Kotex Elimin8tors, Ariff Iswandi Johar atau dikenali sebagai Amoux yang pernah membantu Todak berada di tempat ketiga Kejuaraan M1 pastinya menjadi suntikan buat pasukan baharu berkenaan.

"Saya harap training yang diberikan oleh coach dapat membawa kami lebih jauh sebab pengalamannya bersama team Todak dan team luar, jadi saya rasa akan banyak juga saya belajar dari dia," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram