ANTARA posisi yang diberikan perhatian Selangor FC pada jendela perpindahan kali ini ialah penjaga gol yang boleh dikatakan berdepan isu tersendiri musim lalu.
Prestasi tidak konsisten daripada pilihan utama, Khairulazhan Khalid mendesak skuad Gergasi Merah memberikan kepercayaan terhadap Sam Somerville.
Meskipun pada awalnya dia gagal memberikan aksi terbaik, kebangkitan pada penghujung musim menyaksikannya terus diberikan peluang.
Kepercayaan tersebut dijangka akan diteruskan sehingga musim depan memandangkan Selangor FC memerlukan seseorang yang berkualiti di pintu gawang pasukan.
BACA LAGI: Dapat peluang kedua bersama NSFC, import Selangor enggan terus jadi malap
Skuad Gergasi Merah menyambar Azim dari KL City FC awal musim lalu. — Selangor FC
Bagaimanapun, dengan kehadiran pemain muda, terdapat kemungkinan Sam akan diketepikan bagi mengasah bakat-bakat muda musim depan.
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Azim Al-Amin yang menjadi watak penting bagi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara pasti memerlukan minit permainan kerap untuk menambah baik persembahannya.
Jadi, sekiranya dia diberikan peluang, terdapat kemungkinan Sam akan kembali disisihkan dan hanya diturunkan dalam perlawanan kurang mencabar.
Tetapi, bagi pemain berdarah kacukan itu, dia akan terus merebut tempat tanpa mengenal erti selesa dalam misi mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.
BACA LAGI: Tak rebut 'kerusi panas' Selangor, Nidzam Jamil hanya ikut resipi Cheng Hoe
Somerville sedang menjalani sesi latihan pramusim bersama skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC
"Saya akan melakukan yang terbaik dan tidak akan merasa terlalu yakin dan selesa dalam merebut tempat selaku penjaga gawang utama," katanya.
Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun tersebut merekodkan 17 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Selangor FC musim lalu dengan tujuh 'clean sheet' dicatatkan.
Catatan cemerlang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membolehkannya dipanggil pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac.
Tetapi, dia percaya prestasi lebih baik perlu dipamerkan sekiranya mahu merebut tempat dalam pasukan kebangsaan yang dilimpahi penjaga gawang berkualiti ketika ini.
"Satu penghargaan untuk bermain dalam skuad negara walaupun ketika ini ramai pemain berbakat tetapi saya akan tetap berusaha untuk merebut tempat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram