Tak rebut 'kerusi panas' Selangor, Nidzam Jamil hanya ikut resipi Cheng Hoe


  • Podium
  • Selasa, 12 Mac 2024

Walaupun tidak dipilih sebagai ketua jurulatih, Nidzam masih akan terus fokus membantu Selangor FC. — Facebook/SelangorFC

PENYOKONG Selangor FC pastinya mempercayai Nidzam Jamil untuk sentiasa memberikan yang terbaik sama ada sebagai jurulatih sementara atau ketua jurulatih Gergasi Merah bagi saingan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Dr Johan Kamal Hamidin mengesahkan keputusan untuk membawa masuk seorang pengendali baharu akan dibuat minggu ini, dengan tiga jurulatih import dan seorang jurulatih tempatan disenarai pendek.

Ramai percaya Nidzam, yang sudah menjadi penolong jurulatih skuad Gergasi Merah sejak 2021 berada dalam senarai pendek untuk menggalas tanggungjawab memimpin Selangor FC pada musim 2024/2025.

Pengendali berusia 43 tahun itu kini menjadi jurulatih sementara Gergasi Merah buat kali kedua selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab divisyen satu Thailand, Police Tero.

Ini bukan kali pertama Nidzam menjadi pengendali sementara kerana pada saingan musim 2022 dia juga menggalas posisi sama selepas jurulatih kelahiran Jerman, Michael Feichtenbeiner menamatkan perkhidmatannya.

Bekas pengendali Felda United itu berkata, dia tidak berhasrat untuk mendapatkan kerusi panas berkenaan dan akan menyerahkan kepada pihak pengurusan kelab untuk membuat keputusan.

BACA LAGI: Sah bukan Mano Polking, tapi Selangor tetap berteka-teki nak ambil Park Hang-seo

nidzam 2

Nidzam berpotensi untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan Cheng Hoe. — Facebook/SelangorFC

BACA LAGI: Kejutan tak masuk akal, Tan Cheng Hoe sah tinggalkan Selangor FC

"Saya tidak melakukan apa-apa yang berbeza walaupun sebagai jurulatih sementara. Saya masih memberikan tenaga dan fokus yang sama.

“Saya masih Nidzam Jamil yang dikenali oleh semua pemain sejak 2021.

“Buat masa ini, Selangor memerlukan seseorang untuk mengetuai pasukan dan saya melakukan perkara itu.

"Saya hanya mengikuti program yang diberikan oleh Cheng Hoe sebelum dia berpindah ke Thailand," katanya.

Nidzam berkata, mereka telah menerima dan memahami keputusan Cheng Hoe dan sudah tiba masanya untuk mereka bergerak ke hadapan dan membuat persediaan untuk menghadapi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

"Kami telah menghormati keputusannya. Menjadi tugas saya sekarang untuk memastikan semua orang berada dalam arah yang sama semasa pramusim.

“Kami mempunyai tugas selama seminggu di Thailand, yang membantu pasukan untuk merapatkan hubungan.

"Semua orang dalam pasukan tahu apa peranan mereka untuk musim baharu," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram