Masih tak ada kelab, rupanya Mat Don jadi bintang futsal di Jerman


  • Podium
  • Rabu, 13 Mac 2024

Liridon kini bermain dalam kejohanan futsal di Jerman. — Instagram/Liridon Krasniqi

SEHINGGA kini, masih belum terdapat kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Liridon Krasniqi.

Selepas dilepaskan oleh Terengganu FC, pemain itu masih tidak mempunyai kelab walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan.

Antara kelab yang sering menjadi kaitan dengan Liridon adalah Selangor FC. Sebelum ini, nama pemain tersebut dikaitkan dengan perpindahan ke Lembah Klang dengan potensi untuk bersama semula dengan Tan Cheng Hoe.

Malah terdapat juga potensi untuk dia kembali ke kelab lamanya iaitu Kedah Darul Aman FC. Namun begitu, ia masih tidak menjadi nyata walaupun ada penyokong Sang Kenari mengharapkan dia kembali.

Jadi, apa yang Liridon sedang lakukan sekarang? Adakah dia sebenarnya telah menjumpai kelab tetapi bukannya di Malaysia?

BACA LAGI: Bakal ikut jejak abang di JDT, kelab Lembah Klang sambar Zaquan Adha sebagai jurulatih?

Snapinsta.app_430183559_794375446045153_3672392840350418234_n_1080

Liridon beraksi untuk Gonrgy Allstars. — Instagram/Liridon Krasniqi

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pengendali Johor dedah tewaskan Gergasi Merah bukan misi balas dendam

Sebenarnya, Liridon masih tidak mempunyai tetapi sedang menghabiskan masanya di Jeman dengan bermain dalam sebuah pertandingan futsal.

Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, Liridon dikatakan sedang beraksi dalam saingan futsal yang dinamakan sebagai Ballers League.

Saingan tersebut menyaksikan 12 pasukan bertanding dengan Liridon beraksi untuk Gonrgy Allstars.

Bukan sekadar melengkapkan nama dalam senarai skuad, tetapi Liridon turut meninggalkan impak apabila membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Protatos.

Liridon menghasilkan jaringan ketiga untuk pasukannya itu hasil menggelecek dari tengah padang lalu menghasilkan penyudah kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol.

Jaringan tersebut turut membantu Gonrgy Allstars meraih kemenangan 7-0 dalam aksi kelapan saingan Ballers League itu. Ia turut meletakkan mereka di tempat kelapan dalam kalangan 12 pasukan.

Liridon mungkin belum mempunyai kelab dan masih ada masa untuk mendapatkannya. Mungkin jika tidak di Malaysia, Liridon berpeluang untuk beraksi di liga lain sama ada dekat Eropah atau Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram