ATLET lompat galah Perancis, Margot Chevrier mengalami kejadian ngeri paling sukar dilupakannya apabila ditimpa kecederaan parah selepas terjatuh dari ketinggian hampir lima meter.
Kejadian yang menyaksikan Chevrier disahkan mengalami kecederaan patah kaki itu berlaku ketika dia cuba untuk melepasi jarak kedua 4.65 meter pada Kejohanan Tertutup Olahraga Dunia di Glasgow, Scotland baru-baru ini.
Melihat pada klip potongan video yang tukar di media sosial, atlet berketinggian 1.72 meter berkenaan mendarat di tepi landing mat sebelum sempat melepasi palang di percubaan keduanya pada ketinggian 4.65 meter.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 18 tahun dibina, 1 Ramadan saksi surau pertama di Stadium Emirates Arsenal dirasmikan
Naisten seiväshyppyfinaalissa MM-hallikisoissa Glasgow'ssa koettiin dramaattisia hetkiä, kun Ranskan Margot Chevrier loukkaantui vakavasti pudottuaan hyppykuoppaan. Chevrier sai jalkaansa avomurtuman. pic.twitter.com/eNWM9gbxPe
— Pasi J. Junnila (@PasiJJunnila) March 3, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pengendali Johor dedah tewaskan Gergasi Merah bukan misi balas dendam
Adegan mengerikan itu menyaksikan Chevrier mengerang kesakitan sambil memegang kakinya dan ketika diusung keluar dari Arena Emirates, dia juga dilihat memakai topeng oksigen.
Memetik laporan dari Daily Mail UK, jurulatihnya iaitu Grant Brown menjelaskan bahawa Chevrier mengalami patah tulang pada talus iaitu bahagian tulang pada sendi buku lali berikutan kemalangan ngeri menimpa dirinya itu.
Usai kejadian berkenaan, Chevrier kemudiannya memuat naik gambar buku lalinya di laman Instagram memberitahu penyokong bahawa dia akan menjalani pembedahan namun tetap tetapi berikrar akan menyertai Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti.
Difahamkan, pelajar jurusan perubatan itu berada di kedudukan kelapan dalam kejohanan berkenaan dan selepas pertandingan disambung semula, Molly Caudery dari Great Britain memenangi pingat emas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram