
PENYERANG sayap kiri Manchester United, Marcus Rashford dikhabarkan menerima tawaran menarik daripda pasukan gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) untuk menyertai kelab berkenaan pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Difahamkan skuad kendalian Luis Enrique itu membuka bidaan sehingga 75 juta euro (RM450 juta) untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun berkenaan bagi menggantikan Kyllian Mbappe yang dijangka akan menyertai Real Madrid.
Walaupun pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ingin meletakkan bidaan graduan Man United itu hampir 100 juta euro, namun pihak pengurusan kelab mungkin tergoda dengan tawaran dari PSG.
Setakat ini, pemain antarabangsa England berkenaan difahamkan masih mempunyai baki kontrak sehingga musim 2028 dan gaji Rashford juga mencecah £350,000 (RM2.1 juta) seminggu.
BACA LAGI: Makin hangat jadi rebutan, Azam Azmi harap dapat bantu Malaysia kalahkan Oman
Mbappe dijangka akan menyertai Real Madrid. — Instagram/Mbappe
BACA LAGI: Pengganti Hidalgo sudah ditemui, Kedah ambil pemain sayap Uzbekistan
Rashford berpotensi dilepaskan Man United kerana dia kini berdepan kritikan berhubung prestasinya sehingga pernah ditegur secara peribadi oleh pengendali The Red Devils, Eric Ten Hag.
Teguran dari pengendali kelahiran Belanda itu difahamkan berlaku sekitar Januari lalu selepas Rashford terlepas sesi latihan kerana mengunjungi kelab malam.
Selain masalah disiplin, prestasi atas padang Rashford juga semakin menjadi buah mulut pengkritik dan penyokong selepas dia hanya mencetak tujuh gol serta tiga hantaran bantuan dalam 27 aksi EPL diturunkan.
Untuk rekod, PSG juga pernah membuat percubaan untuk menandatangani Rashford pada musim 2022 tetapi tawaran tersebut tidak mencapai kata sepakat walaupun menawarkan gaji bernilai £400,000 (RM2.4 juta) seminggu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram