[VIDEO] Tindakan pantas pengadil elak bintang kelab Jerman tertelan lidah sendiri


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Ittrich (kiri) tidak berlengah-lengah untuk memberi bantuan kecemasan terhadap Guilavogui yang rebah secara tiba-tiba. — Agensi

SATU insiden mencemaskan tercetus dalam aksi Bundesliga antara Bayern Munich dan Mainz pada Sabtu selepas pemain dari pasukan pelawat, Josuha Guilavogui rebah ketika perlawanan berlangsung.

Kejadian berlaku selepas pemain berkenaan jatuh sebelum melanggar lutut rakan sepasukannya, Anthony Caci yang cuba mengejar bola daripada Thomas Muller.

Pertembungan itu menyebabkan Guilavogui rebah, namun segera diberikan rawatan kecemasan oleh pengadil, Patrick Ittrich yang berhampiran.

Berdasarkan klip yang kini tular, pemain Mainz itu mengalami situasi tongue swallowing atau tertelan lidah akibat hentakan di kepala itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Dari budak Milo ke penjaring Bundesliga, kenali prospek Bayern Munich

Jadi, untuk mengelak laluan pernafasannya tertutup, Ittrich segera mengiringkan kepala Guilavogui ke sisi sementara pihak perubatan kedua-dua pasukan bergegas ke dalam padang.

Bantuan terbabit jelas membantu pemain kelahiran Perancis itu yang sedar tidak lama selepas itu sebelum terpaksa dikeluarkan atas nasihat pihak perubatan.

Berkata selepas perlawanan, Ittrich menegaskan pujian tidak perlu diberikan kerana ia merupakan satu-satunya tindakan wajar pada situasi sedemikian.

Namun, dengan bantuan diberikan, Guilavogui pastinya mahu memberikan penghargaan kepada pengadil yang tidak berlengah untuk menenangkan keadaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Salah timing, aksi ref kena rempuh curi tumpuan di Bundesliga

17101365303897

Guilavogui rebah akibat pertembungan dengan Caci ketika aksi berlangsung. — Agensi

"Terima kasih diucapkan kepada Patrick Ittrich, rakan sepasukan dan pihak perubatan atas tindakan segera dan bantuan diberikan," tulisnya menerusi akaun X.

Dalam perlawanan terbabit, Mainz mengalami kekalahan 1-8 kepada skuad The Bavaria yang menyaksikan mereka kekal dalam zon penyingkiran.

Bagi Bayern Munich pula, tiga mata diraih di laman sendiri itu terus menghidupkan peluang mereka memburu gelaran Bundesliga buat tahun ke-12 berturut-turut.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu kini hanya 10 mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen dengan sembilan perlawanan masih perlu dihadapi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram