Belum mahu 'gantung but', katanya Zaquan Adha bakal ke Lembah Klang?


  • Podium
  • Selasa, 12 Mac 2024

Zaquan (kanan) difahamkan menerima tawaran menarik daripada salah sebuah pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang. — Facebook/Negeri Sembilan FC

BARU-BARU ini, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita kurang gembira apabila pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan pemergian bekas penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak.

Perkara tersebut dikongsikan di laman rasmi Facebook NSFC yang mengatakan bahawa khidmat penyerang veteran itu bersama skuad Jang berakhir.

"Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga Malaysia musim ini. Sepanjang kariernya bersama skuad Jang, Zaquan telah membantu pasukan memenangi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Perdana," tulisnya.

BACA LAGI: Tampil cemerlang sebagai peledak, Stefano Brundo bersedia beraksi di posisi tengah

WhatsApp Image 2024-03-12 at 13.11.24

Kehilangan Zaquan akibat kecederaan amat dirasai skuad Jang musim lalu. Facebook/Negeri Sembilan FC

BACA LAGI: Suhaimi mahu saingi Syihan, rebut posisi 'goalie' nombor 1 negara

Susulan itu, pastinya ramai penyokong tanah air menantikan destinasi baharu bekas ketua pasukan kebangsaan berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian daripada pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam di laman X, Zaquan dilaporkan kini menjadi buruan sebuah kelab yang berpangkalan Lembah Klang.

"Bekas kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd Radzak diumumkan berpisah dengan Negeri Sembilan.

"Difahamkan ada tawaran menarik buat Zaquan daripada sebuah 'pasukan' Lembah Klang," ciapnya.

Berikutan hantaran tersebut, penyokong setia penyerang berpengalaman itu boleh menarik nafas lega selepas difahamkan Zaquan kini hampir pasti kekal dalam dalam kancah Liga Super musim 2024/25.

Bagaimanapun, belum ada sebarang maklumat mengenai kelab Lembah Klang yang mahu mendapatkan khidmat penyerang berketinggian 1.75 meter itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram