Menang anugerah gol tercantik Piala Asia, Faisal Halim akui tertekan aksi berdepan Oman


  • Podium
  • Selasa, 12 Mac 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan berdepan Oman nanti. — Facebook/FAM

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi tumpuan penyokong bola sepak selepas memenangi Anugerah Gol Terbaik dalam saingan Piala Asia baru-baru ini.

Susulan itu, tidak hairanlah sekiranya Faisal Halim menjadi pemain yang dijangka akan dikawal ketat oleh pertahanan pasukan Oman pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027 pada 22 Mac di Muscat dan pada 26 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

“Semua orang tahu bahawa saya telah memenangi anugerah itu. Agak tertekan jika saya tidak memberikan yang terbaik menentang Oman kerana pasti ramai akan mengecam saya.

“Jika saya boleh menunjukkan yang terbaik, itu bermakna saya selamat. Ada beban tetapi tidak terlalu berat. Saya bukan superstar. Saya hanya akan menjalankan tugas saya sebagai pemain bola,” kata winger Selangor itu.

BACA LAGI: Bergson-Forestieri-Arif Aiman ketuai 'top 3' trio paling gempak Liga Super 2024

WhatsApp Image 2024-03-12 at 08.48.51

Meskipun meraih anugerah gol terbaik, Mickey bagaimanapun tertekan aksi berdepan Oman. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Pilihan paling ideal, patutlah Brendan Gan mahu ke Sri Pahang berbanding Kedah dan Perak

Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey menjaringkan gol cantik walaupun dihalang oleh bek tengah, Kim Min-jae yang juga dikenali sebagai 'raksasa Korea' semasa menentang Korea Selatan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 ketika perlawanan terakhir Kumpulan E.

“Gol itu memberikan imej yang baik kepada pasukan, bermakna kami boleh bersaing dengan mana-mana pasukan. Tetapi kami perlu bekerja lebih keras.

“Oman mempunyai jurulatih baharu iaitu Jaroslav Silhavy. Perkara akan berbeza. Jurulatih negara, Kim Pan-gon berkata sukar untuk diramalkan dengan jurulatih baharu, jadi kami perlu bersedia untuk apa sahaja yang mendatang," jelasnya.

Faisal merupakan salah seorang daripada 33 pemain yang dipanggil oleh Pan-gon untuk membuat persiapan menghadapi dua perlawanan menentang Oman.

Bekas pemain Terengganu FC itu juga mengakui bahawa latihan amat memenatkan kerana barisan kejurulatihan mahu meningkatkan kecergasan pemain berikutan ketiadaan perlawanan sejak Piala Asia.

“Ia sukar kerana kami tidak mempunyai sebarang perlawanan selama beberapa bulan sekarang. Banyak pasukan belum menjalani pramusim atau latihan.

“Kami telah berlatih selama dua hari dan intensitinya tinggi. Jurulatih perlu melakukan ini kerana kami tidak memiliki kecergasan perlawanan.

Bagaimanapun, Faisal berharap dapat menjadi teladan kepada anak-anak muda.

"Saya memberitahu beberapa pemain Bawah 23 Tahun (B-23) negara bahawa ada peluang untuk semua orang. Mereka hanya perlu mengikut arahan dan masanya akan tiba untuk mereka bersinar.

“Saya berkongsi pendapat saya dengan mereka yang ingin tahu. Saya mempunyai sedikit pengalaman di pentas besar, jadi saya berkongsi apa yang saya boleh.

“Anak-anak muda di kem itu bersemangat dan berbakat. Mereka hanya perlu bersabar untuk peluang mereka datang,” kata pemain berketinggian 1.58 meter itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram