Cuma kebetulan semata-mata, Bojan Hodak nafi JDT lebih gah tanpa bintang Piala Dunia


  • Podium
  • Ahad, 10 Mac 2024

TMJ membawa masuk Aimar menyertai JDT pada 2014 namun bintang Argentina itu terpaksa meninggalkan Harimau Selatan kerana dipercayai sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan. — Agensi

PABLO Aimar menjadi bintang berkelas dunia yang pernah dibawa masuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepanjang bergelar pemilik Johor Darul Takzim (JDT).

Kehadiran Aimar yang tiba musim 2014 pernah mencetuskan fenomena peminat bola sepak tanah air selepas legenda skuad kebangsaan Argentina itu antara faktor JDT mulai dikenali di mata dunia.

Jodoh Aimar bagaimanapun tidak lama bersama skuad Harimau Selatan yang hanya bertahan selama empat bulan berikutan mengalami kesukaran untuk mengekalkan tahap kecergasan ketika itu.

Meskipun begitu, Aimar meninggalkan kenangan manis selepas jaringannya ketika menentang Pahang dinobatkan sebagai antara gol yang terbaik JDT musim itu.

BACA LAGI: Mahu kekal di Malaysia, ‘jodoh’ Brendan Gan cuma diketahui lepas jumpa Oman

Pablo Aimar

Aimar ketika mewakili JDT musim 2014 hanya bertahan selama empat bulan bersama skuad Harimau Selatan. Agensi

BACA LAGI: Dikaitkan ke Sang Penyu, kisah 'transit' Tan Cheng Hoe berulang?

Prestasi cemerlang yang ditampilkan olehnya pasti diingat oleh penyokong Harimau Selatan selepas kehadirannya banyak mengubah corak permainan JDT.

Bagaimanapun, malang tidak berbau selepas Aimar mengalami kecederaan lutut yang memaksanya untuk berehat seketika.

Meskipun kehilangan khidmatnya di atas padang, JDT bagaimanapun menampilkan persembahan yang memukau selepas mencatatkan empat kemenangan berturut-turut ketika itu.

Dalam pada itu, mengimbau kembali pertanyaan yang diajukan kepada pengendali ketika itu, Bojan Hodak dilaporkan berkata, kecemerlangan JDT ketika itu bukan kerana ketiadaannya tetapi ia hanya satu kebetulan.

Bojan Hodak ketika itu menjelaskan, "tiada siapa boleh mengatakan kami pasukan yang lebih baik tanpa Aimar dan kami memerlukannya dalam pasukan". — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram