KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berdepan tugas berat untuk memastikan anak-anak buahnya kekal cergas menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang pasukan ranking ke-80 dunia, Oman Mac ini.
Menurut Pan-gon, semua pihak perlu sedar kekangan yang dihadapi ketika ini memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang belum bermula menjejaskan persiapan dari segi kecergasan skuad Harimau Malaya.
“Motivasi pemain adalah untuk masuk ke-18 teratas Asia dengan mara ke pusingan kelayakan seterusnya. Saya perlu bermain permainan mental dan motivasi sekarang kerana secara fizikal, kami akan ketinggalan kerana liga kami belum bermula.
“Jadi, kami perlu merancang dengan baik dan menghasilkan corak permainan yang sesuai dengan kami dalam dua perlawanan seterusnya menentang Oman," kata Pan-gon yang berusia 54 tahun itu.
BACA LAGI: Harimau Malaya lawan Nepal aksi 'friendly' sebelum ke Oman jadi bahan ketawa fans Indonesia
Pan-gon (tengah) berharap agar skuad kebangsaan mencuri satu mata penting dalam aksi berdepan Oman di laman lawan nanti. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Dikaitkan ke Sang Penyu, kisah 'transit' Tan Cheng Hoe berulang?
Pan-gon juga menggesa agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan dan memahami situasi yang sedang mereka lalui berikutan pernah didesak untuk meletakkan jawatan ekoran kekalahan dalam saingan Piala Asia 2023.
“Kami semua mesti kekal pada sisi positif dan kami berharap dapat mencapai sesuatu. Dalam Piala Asia, kami tewas teruk pada perlawanan pertama, malah media mencadangkan saya untuk berhenti.
“Itu tidak adil, kerana mereka perlu mempertimbangkan bahawa dalam dua tahun kebelakangan ini, kami memberikan keputusan yang positif. Jadi anda tidak boleh menentukan nasib saya selepas hanya satu atau dua kekalahan.
“Untuk kelayakan Piala Dunia, kami telah memenangi dua perlawanan dalam Kumpulan D tetapi kini kami menghadapi situasi apabila terdapat isu kecergasan perlawanan kerana liga belum bermula.
“Inilah masanya untuk kekal bersatu kerana kami fokus untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia. Kami memerlukan semua sokongan yang kami dapat," jelasnya.
Pan-gon turut berharap agar pasukan kendaliannya mencuri satu mata daripada Oman di Muscat dan meraih mata penuh di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur nanti. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram