Mahu kekal di Malaysia, ‘jodoh’ Brendan Gan cuma diketahui lepas jumpa Oman


  • Podium
  • Ahad, 10 Mac 2024

Brendan Gan yang enggan mendedahkan destinasinya ketika ini pastinya mahu fokus meraih keputusan positif berdepan Oman nanti. — Facebook/FAM

BEKAS kapten Selangor FC, Brendan Gan, berhasrat untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), namun segala tawaran yang diterima masih belum dapat ditamatkan dengan kontrak baru bagi musim 2024/25, lapor Stadium Astro.

Apapun, fokusnya ketika ini adalah untuk memberikan aksi terbaik buat skuad kebangsaan menjelang pertemuan dengan Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 22 Mac ini.

BACA LAGI: Anda tidak berhak tentukan nasib saya kalau kalah sekali dua — Kim Pan-gon

WhatsApp Image 2024-03-10 at 12.41.21 (1)

Brendan Gan (kanan) hanya mahu mendedahkan masa depannya selepas tamat aksi berdepan Oman. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Dikaitkan ke Sang Penyu, kisah 'transit' Tan Cheng Hoe berulang?

"Buat masa ini, saya masih belum muktamadkan keputusan ke mana saya akan pergi.

"Ketika ini saya hanya menumpukan kepada pasukan kebangsaan dan harap-harap segalanya akan berjalan dengan baik dan saya boleh melihat bagaimana masa depan saya tidak lama lagi.

"Sudah pasti sukar buat semua pemain untuk kembali ke kem kebangsaan memandangkan ia waktu rehat musim buat kebanyakan pemain dan saya fikir ada beberapa pemain yang baru mula berlatih dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini," katanya.

Malaysia kini berada pada laluan terbaik untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia/Piala Asia buat pertama kalinya, dengan ketika ini mendahului carta Kumpulan D menerusi kelebihan tiga mata berbanding Oman.

Anak-anak buah Kim Pan-gon mencatatkan dua kemenangan menentang Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dan Chinese Taipei (1-0) tahun lalu untuk mendahului carta kumpulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan