BEK tengah kelahiran Jerman, Mats Hummels pernah diangkat sebagai antara pemain terbaik di posisinya selepas bertahun-tahun membuktikan kecemerlangannya di pentas tertinggi.
Dia yang pernah beraksi bersama dua kelab gergasi Eropah, Borussia Dortmund dan Bayern Munich meraih pelbagai gelaran sepanjang kariernya.
Bagaimanapun, anugerah tertinggi pernah diraihnya pasti adalah ketika membantu negara kelahirannya menjuarai Piala Dunia 2014.
Kini, meskipun masih beraksi secara profesional, Hummels memilih untuk membangunkan satu projek bola sepak dikenali sebagai Baller League yang menyaksikan penyertaan daripada 12 pasukan.
Selain memberi peluang kepada pemain amatur, liga tersebut turut memberi peluang buat peminat yang merasai pengalaman beraksi di samping bintang ternama.
BACA LAGI: ACLE punya pasal, JDT dikhabar risik bekas keeper Atletico Madrid sebagai pesaing Syihan
Hummels menjadi watak utama ketika Jerman menjuarai Piala Dunia 2014. — Agensi
Namun, apa yang menariknya adalah apabila bekas pemain Liga Super, Liridon Krasniqi turut menyertai Baller League dengan dia mewakili Gonrgy All Stars.
Dia yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan tempatan, termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC itu mewarnai liga amatur itu awal tahun lalu.
Malah, dia turut berpeluang menemu bual Hummels dengan pertemuan itu menyaksikan beberapa soalan menarik sempat diajukan kepadanya.
Antara perkara yang disoal adalah mengenai pengalaman bek tengah Borussia Dortmund berkenaan ketika berdepan JDT dalam aksi persahabatan pada 2022.
"Secara keseluruhan, kunjungan itu sangat baik. Kami (Borussia Dortmund) mengharungi aksi yang agak sengit ketika di sana dan semuanya berjalan dengan baik," katanya.
BACA LAGI: Cuma kebetulan semata-mata, Bojan Hodak nafi JDT lebih gah tanpa bintang Piala Dunia
Selain memuji kualiti dan persembahan skuad Harimau Selatan, bek tengah berusia 35 tahun itu turut mengagumi kualiti Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Dalam perlawanan terbabit, Hummels berpeluang diletakkan dalam kesebelasan utama dengan dia diberikan tugas mengekang jentera serangan JDT.
Kepercayaan itu dipikul dengan cukup baik apabila Borussia Dortmund meraih kemenangan 4-1 dengan gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Arif Aiman Hanapi.
Di samping itu, Liridon turut berpeluang bertanya bekas kapten Bayern Munich tersebut mengenai persembahannya sepanjang beraksi dalam Baller League.
"Anda sendiri boleh lihat bahawa awak memiliki kualiti tersendiri dan boleh beraksi di tahap tertinggi. Tetapi, saya masih berharap anda dapat memberikan lebih banyak tekanan terhadap lawan," katanya.
Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini setelah kontraknya bersama Terengganu FC tidak disambung.
Meskipun dikatakan berada dalam radar Selangor FC, pemain naturalisasi negara itu dianggap lebih tertarik untuk meninggalkan Liga Super bagi mengubah nasib dalam suasana berbeza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram