PERTAHANAN Kedah Darul Aman FC, Irfan Zakaria berharap yang kehadirannya ke kelab itu dapat membantu mengubah prestasinya.
Sekali lagi menyertai Kedah, Irfan mengatakan yang keputusannya untuk menyertai Sang Kenari adalah kerana mahu mengembalikan prestasinya ke tahap tertinggi selepas mengalami kecederaan.
Sebelum ini, Irfan menyatakan keputusannya untuk menyertai semula Kedah kerana mahu mendapatkan minit permainan sekali gus mengembalikan prestasinya.
"Yang pertama, saya datang ke Kedah ini adalah kerana mahu dapatkan minit permainan selepas musim lepas ada kecederaan di bahagian lutut.
"Mungkin pada tahun ini saya sudah cergas sepenuhnya. Harapan saya adalah untuk mendapatkan minit permainan untuk bermain dengan pasukan Kedah," kata Irfan menerusi laman rasmi Kedah Darul Aman (FC).
BACA LAGI: Sah bukan Mano Polking, tapi Selangor tetap berteka-teki nak ambil Park Hang-seo
BACA LAGI: Lepas hilang Manuel Ott, Rizal Ghazali dan Ifwat Akmal boleh jadi calon kapten Sang Kenari
Dalam masa yang sama, Irfan turut mensasarkan untuk menjadikan Kedah sebagai platform kembalinya dia ke dalam skuad kebangsaan.
Selepas sudah lama tidak beraksi untuk Malaysia, Irfan mensasarkan untuk kembali ke skuad Harimau Malaya dalam masa akan datang. Untuk rekod, kali terakhir Irfan mewakili Malaysia adalah pada 2021 sewaktu tewas kepada Uzbekistan 1-5 dalam aksi persahabatan.
"Jika ada rezeki untuk ke skuad Harimau Malaya, Insya-ALLAH saya akan berikan persembahan terbaik untuk tahun ini dengan Kedah," ujar Irfan.
Pemain berusia 29 tahun itu juga mengakui begitu tertarik dengan taktikal yang dibawa oleh Nafuzi Zain. Malah, pemain pertahanan itu mengatakan yang dia sudah mengkaji corak permainan jurulatih tersebut sejak dari era Nafuzi di Terengganu FC.
Irfan berasa positif segala kebolehan yang ada padanya dapat diterjemahkan dengan baik ke dalam taktikal Nafuzi sekali gus mampu menjadi pemain sandaran pengendali tersebut dalam skuad Kedah.
Jika tahap kecergasannya dapat dijaga dengan baik, besar kemungkinan Irfan mampu kembali ke prestasi terbaiknya sekali gus menarik semula perhatian ramai terhadapnya yang pernah diterima sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram