Assifuah ada pilihan sertai seteru Sang Kenari, hidupkan 'Kedah Connection' bersama King Dayo


  • Podium
  • Selasa, 05 Mac 2024

Ebenezer Assifuah kini tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan oleh Sang Kenari. — Facebook/KDA FC

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC telah membuat keputusan untuk melepaskan lapan pemain import mereka yang diambil pada musim lalu.

Antara nama-nama yang dilepaskan adalah Ifedayo Olusegun, Amirbek Juraboev serta Manuel Hidalgo yang kini menyertai Sri Pahang FC menerusi pinjaman dari Johor Darul Ta'zim.

Salah satu nama yang turut dilepaskan oleh Sang Kenari adalah penyerang bernama Ebenezer Assifuah. Penyerang tersebut hadir dengan reputasi baik namun kecederaan di awal musim telah merencatkan prestasinya.

Namun dia berjaya meninggalkan kesan positif apabila menjadi penjaring terbanyak Piala MFL untuk Sang Kenari dengan 16 gol.

Kini telah dilepaskan, masih ada sinar untuk Assifuah kekal di Liga Super dengan potensi tiga destinasi boleh ditujunya:

1. PDRM FC

Destinasi pertama yang boleh dituju oleh Assifuah adalah dengan menyertai Sang Saka Biru di Lembah Klang.

Dengan menyertai kelab yang mempunyai jumlah sokongan kecil, Assifuah boleh menjadikan PDRM sebagai platform untuknya meraih semula keyakinan beraksi di tahap tertinggi dengan tanpa banyak tekanan.

PDRM juga mempunyai barisan kejurulatihan yang baik dan semestinya ia dapat membantu Assifuah untuk kembali mantap dalam permainannya.

Ditambah dengan rakan sepasukannya di Kedah, Ifedayo dijangka akan menyertai PDRM, mereka berdua boleh menghidupkan semula 'Kedah connection' dengan saling menggegar pintu gol lawan di Lembah Klang.

BACA LAGI: Bojan Hodak naik angin dengan lagak primadona bekas bintang import JDT

2108316

PDRM merupakan kelab yang liat untuk ditumbangkan. — PDRM FC

2. Negeri Sembilan FC

Destinasi kedua yang boleh dijadikan pilihan buat Assifuah adalah dengan turun ke Selatan untuk menyertai Negeri Sembilan.

Dengan skuad Jang kini dalam revolusi di bawah ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu, Assifuah boleh menjadi sebahagian daripada permulaan segar kelab itu dalam menuju kejayaan.

Kehadiran Assifuah boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas penyerang mereka iaitu Shahrel Fikri yang sudah tidak bersama mereka. Jika diberikan peluang untuk mengetuai barisan serangan, Assifuah boleh ambil peluang tersebut untuk menyinar.

Namun begitu, mungkin Assifuah perlu menerima potongan gaji dengan harapan dapat beraksi bersama skuad Jang.

BACA LAGI: Pernah dianggap superhero Tok Gajah dek ranapkan impian JDT, Khairul Azhan kini hanya pilihan kedua Gergasi Merah

shahrel

Assifuah boleh ganti tempat Shahrel Fikri. — Negeri Sembilan FC

3. Penang FC

Destinasi terakhir yang boleh dituju oleh Assifuah adalah dengan menyertai seteru utama Kedah iaitu Penang.

Dengan Penang mahu bangkit daripada kesuraman musim lalu, Assifuah boleh menyertai Penang untuk menguatkan barisan serangan mereka yang tumpul.

2045804

Soony Saad tidak begitu menjadi bersama Penang. — Penang FC

Penyerang-penyerang seperti Soony Saad dan Abdul Abdeen nyata begitu tumpul untuk Penang musim lalu. Dengan rekod 16 gol dimilikinya, Assifuah boleh menawarkan Akmal Rizal sesuatu yang segar agar Harimau Kumbang kembali mengaum.

Mungkin Assifuah akan menerima kecaman kerana menyertai musuh tradisi Penang, tetapi jika dia mampu menyerlah bersama Harimau Kumbang namanya boleh diangkat sebagai wira di Stadium Bandaraya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram