Pernah dianggap superhero Tok Gajah dek ranapkan impian JDT, Khairul Azhan kini hanya pilihan kedua Gergasi Merah


  • Podium
  • Ahad, 03 Mac 2024

Khairulazhan (kiri) menjadi wira Sri Pahang ketika bertemu JDT pada 2015. — NIK NAIZI HUSIN/ The STAR

SATU masa dulu, Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai perseteruan yang cukup hebat antara dua kelab ini. Kedua-duanya sering bertemu dalam perlawanan akhir dan sering bertarung merebut kejuaraan liga.

Terdapat beberapa pertarungan yang cukup menarik dihasilkan oleh kedua-dua kelab antara ketika Sri Pahang dan JDT diundi untuk bertemu dalam pusingan kedua Piala FA 2015.

Pertarungan yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan Tok Gajah berjaya mendahului satu gol menerusi Matias Conti pada separuh masa pertama.

Di saat Sri Pahang begitu hampir mendapatkan kemenangan, JDT bangkit menerusi penyudah Hariss Harun pada minit ke-80 untuk mengheret permainan ke masa tambahan. Pemenang bagaimanapun tidak berhasil ditemukan dalam tempoh 30 minit tersebut.

Akhirnya, penentuan sepakan penalti terpaksa digunakan untuk mendapatkan pemenang. Ketika itulah, muncul Khairulazhan Khalid dengan persembahan bak adiwiranya menjulang nama Sri Pahang.

BACA LAGI: Sanggup potong cuti rehat demi jaga prestasi, Azizulhasni syukur raih gangsa di Australia

BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan

Azhan menjadi wira Tok Gajah apabila menyelamatkan dua sepakan penalti Harimau Selatan dengan menepis keluar tendangan Luciano Figeroa dan Junior Eldstal untuk membolehkan Sri Pahang menenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5-3.

Sri Pahang kemudiannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebelum mereka kecundang kepada Kelantan FC 2-3 menerusi agregat.

Melangkah ke hari ini, Azhan tidak lagi bersama-sama Sri Pahang selepas meninggalkan kelab itu untuk menyertai Selangor FC pada 2016.

Memasuki lapan tahun bersama-sama Selangor, peranan Azhan dilihat semakin kecil dengan dia tidak lagi menjadi penjaga gol utama di belakang Sam Sommerville.

Dengan dilaporkan musim 2024/2025 bakal menjadi musim terakhir Azhan bersama-sama Selangor, mungkin dia boleh memainkan peranan sekali lagi untuk cuba membawa Selangor muncul sebagai juara sebelum menggantung sarung tangannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram