PERKARA biasa dalam bola sepak adalah apabila berlakunya pertembungan kejohanan di peringkat kelab dan negara. Walaupun begitu, ia adalah satu konflik yang tidak sepatutnya berlaku.
Hal ini kerana apabila perkara ini berlaku, ia akan mengundang sentimen dalam kalangan penyokong, nak dulukan kelab atau negara?
Perkara tersebut dilihat akan berlaku lagi pada akhir 2024 apabila kejohanan Piala Asean diadakan. Untuk pengetahuan, Piala Asean adalah nama baharu bagi Piala AFF yang telah ditukarkan oleh Persatuan Bola Sepak Asean (AFF).
Pihak AFF telah mengumumkan tarikh untuk kejohanan tersebut akan diadakan selama sebulan bermula dari 23 November hingga 21 Disember.
BACA LAGI: Tamatkan badi kekalahan, impak segera TCH undang pujian fans Police Tero
Keputusan yang dilakukan oleh AFF itu dilihat akan mengundang masalah kepada semua negara yang bertanding terutamanya Malaysia. Dari tarikh tersebut, sudah pasti Harimau Malaya akan kehilangan ramai pemain akibat pertindihan jadual pertandingan kelab dan negara.
Hal ini kerana, sepanjang Piala Asean diadakan, terdapat dua hari perlawanan (matchday) bagi kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) iaitu pada 25-27 November dan 2-4 Disember.
Dengan pertindihan jadual itu, sudah pasti Harimau Malaya akan mengalami masalah untuk mendapatkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana Harimau Selatan semestinya mahukan skuad penuh dalam kempen di Asia kelak.
Situasi akan bertambah sukar untuk Harimau Malaya kerana mereka turut berpotensi kehilangan khidmat pemain Selangor FC akibat penyertaan mereka dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan

Malaysia menurunkan skuad yang dianggap "pasukan B" ketika Piala AFF 2022. — Facebook/FAM
Hal ini kerana, kejohanan tersebut juga akan diadakan pada tarikh yang dekat dengan ACLE iaitu pada 26-28 November serta 3-5 Disember 2024.
Jurulatih negara, Kim Pan-gon sudah pasti akan sakit kepala untuk menentukan barisan terbaik kerana jika mengambil kira apa yang terjadi sebelum ini, JDT semestinya tidak akan melepaskan pemain mereka untuk menyertai Harimau Malaya.
Ia turut akan menimbulkan potensi sama dengan Selangor kerana ia melibatkan komitmen di Asia. Jika bernasib baik, Gergasi Merah mungkin melepaskan beberapa pemain untuk menguatkan skuad kebangsaan.
Apa yang pasti, kedua-dua wakil Malaysia di Asia akan mempunyai konflik kerana jika lepaskan pemain untuk Harimau Malaya, mereka akan tumpul di Asia. Jika kekalkan skuad, Malaysia pun akan hilang taring di Piala Asean.
Mungkin, kita akan saksikan skuad yang hampir serupa ketika Malaysia beraksi di Piala Asean 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra
