Perpindahan Cheng Hoe ke Thailand buka mata negara luar — Penganalisis


  • Podium
  • Ahad, 03 Mac 2024

Cheng Hoe (kanan) meninggalkan Selangor FC dan menyertai kelab Thailand, Police Tero. — Instagram/Policeterofc

SELANGOR FC (SFC) memulakan musim 2024/25 tanpa sentuhan Tan Cheng Hoe selepas pengendali itu mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Gergasi Merah.

Selangor dalam satu kenyataan menjelaskan pasukan sudah dimaklumkan mengenai keputusan Cheng Hoe untuk meninggalkan skuad The Red Giants itu bagi menggalas tugas sebagai pengendali di sebuah kelab di Thailand iaitu Police Tero FC.

Perpindahan Cheng Hoe ke kelab Thailand itu menimbulkan banyak tanda tanya dengan Selangor akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Antara persoalan yang timbul adalah mengapa Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meninggalkan Selangor ketika pasukan itu akan bersaing di pentas Asia dan lebih memilih kelab yang tercorot?.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?

WhatsApp Image 2024-03-03 at 18.12.25

Cheng Hoe (kanan) bersama pasukan baharunya, Police Tero ketika berada dalam sesi latihan. — Instagram/Policeterofc

BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan

Namun, tampil memberi pandangan mengenai perkara tersebut, penganalisis sukan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berpandangan bahawa tindakan Cheng Hoe itu dilihat memberi impak positif kepada negara.

"Pendapat saya, sudah tentu ia menjadi impak positif kerana bakat kejurulatihan kita diterima oleh negara pesaing terutamanya Thailand.

"Kita pun tahu sekarang ni Thailand mempunyai liga yang sangat tinggi kualitinya.

"Apabila kelab di sana menerima jurulatih kita untuk melatih pasukan di negara itu, itu juga merupakan pengiktirafan kepada bakat kejurulatihan kita," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, meskipun memilih pasukan yang tercorot dalam saingan Liga Thailand itu, Cheng Hoe dilihat berpotensi membantu pasukan tersebut mengubah kedudukan semasa dalam liga.

"Meskipun memilih pasukan yang tercorot tapi hakikatnya pasukan yang berada di tangga ketiga liga itu berfikir mereka memerlukan satu kepakaran untuk membantu mereka naik semula.

"Kemungkinan besar mereka percaya kepakaran itu ada pada Cheng Hoe, jadi sedikit sebanyak kita nampaklah impak positif tersebut.

"Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada performance Cheng Hoe dalam liga itu nanti," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram