[VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Cheng Hoe sah sertai kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC. — Facebook

MESKIPUN perpindahan Tan Cheng Hoe ke kelab Thailand, Police Tero FC dari Selangor FC sudah selesai, namun ia tetap mencetuskan pelbagai persoalan terutama di kalangan penyokong tanah air.

Ia susulan selepas bekas pengendali Harimau Malaya itu dilihat membuat keputusan luar jangka apabila memilih untuk berhijrah ke pasukan yang kini menduduki tangga ketiga tercorot Liga 1 Thailand.

Perpindahan Cheng Hoe ke kelab Thailand itu menimbulkan banyak tanda tanya dengan Selangor akan beraksi di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Antara persoalan yang timbul adalah mengapa Cheng Hoe mengambil keputusan untuk meninggalkan Selangor ketika pasukan itu akan bersaing di pentas Asia dan lebih memilih kelab yang tercorot?.

BACA LAGI: [VIDEO] Harap macam Thiago Junior dan hebat 'goreng', fans Seladang restu Perak FC ikat bek Brazil

BACA LAGI: [VIDEO] Hector Bidoglio sah kendali JDT, kelibat TCH ke SSI 'tuntut ilmu' untuk ACL2

Susulan itu, ramai penyokong Gergasi Merah terutamanya beranggapan bahawa perpindahan Cheng Hoe ke kelab Police Tero itu hanya sebagai 'persinggahan sementara'.

Lagi menguatkan spekulasi tersebut, video lama Cheng Hoe ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 12 Disember lalu kembali tular di media sosial.

Ketika itu, desas-desus Cheng Hoe ke Johor Darul Takzim (JDT) hangat diperkatakan oleh penyokong tanah air.

Lebih menarik lagi, nama Cheng Hoe antara yang pernah dicanang oleh peminat tempatan untuk menjadi pengarah teknikal selepas JDT mengumumkan Hector Bidoglio kembali membimbing Harimau Selatan musim depan.

Sebelum ini, JDT membuat kejutan dengan mengumumkan perpisahan mengejut dengan ketua jurulatih, Esteban Solari menjelang sepak mula musim baharu.

Jadi tidak hairanlah sekiranya spekulasi Cheng Hoe ke kelab Thailand itu hanyalah sebagai persinggahan semata-mata sebelum sah menjadi pengarah teknikal JDT musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram