'Ubi muda' Sang Penyu sah ke Borneo, nasib Faiz Nasir masih samar


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Peluang Faiz Nasir beraksi dengan kerap bersama Sang Penyu dalam saingan Liga Malaysia semakin tipis. — Facebook/Terengganu FC

BENTENG pertahanan Kuching City FC dijangka terus diperkuatkan dengan kehadiran bek kiri Terengganu FC (TFC), Arif Fadzilah bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Difahamkan, usaha The Cats mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu berjalan lancar walaupun hanya sebagai pemain pinjaman.

Meskipun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan TFC, namun laman penyokong di Facebook, Terengganu 11 mendedahkan bahawa bek kiri Sang Penyu itu sah secara pinjaman ke pasukan Borneo tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?

Arif Fadzilah

Kehadiran Arif (kiri) ke pasukan Kuching City dijangka berpotensi untuk membantu skuad dalam saingan Liga M. — Facebook/TFC

BACA LAGI: [VIDEO] Tok Gajah putih mata, fans The Cats mahu Kuching City sign terus 3 tahun kontrak bekas bek PDRM

Pastinya pengalaman pemain berusia 27 tahun yang pernah beraksi di Pentas Asia akan membantu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dalam saingan Liga M nanti.

Selain membawa masuk ubi muda Sang Penyu berkenaan, Kuching City pada Sabtu sudah mengumumkan sah mengikat bek tengah kelahiran Nigeria, James Okwuosa.

Meskipun begitu, nama pemain sayap bertubuh kecil, Faiz Nasir dipetik oleh penyokong Sang Penyu agar khidmatnya bersama TFC dikekalkan.

Ia susulan apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penyerang yang pernah diberi jolokan Messi Malaysia disebut-sebut bakal kembali menyertai Kelantan United FC selepas pernah dipinjamkan pertengahan musim lalu.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, ramai penyokong Sang Penyu berpendapat agar Faiz Nasir kekal di bumi Terengganu.

"Harap Faiz Nasir stay kat Terengganu," kata Roro Heck.

"Please kekalkan Messi Malaysia dekat Terengganu," kata Joe Husin.

"Biar je lah Faiz Nasir stay dekat Terengganu walaupun duduk dekat bench," kata Yusuf Ramli.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram