
SELEPAS berstatus sebagai ejen bebas Disember lalu setelah tidak lagi menyambung kontrak bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC, penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021 Ifedayo Olusegun dijangka kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga M).
Nama bekas penyerang Selangor itu dipetik akan menabur bakti bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang bagi saingan musim 2024/25.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air di laman X, Zulhelmi Zainal Azam yang mendedahkan bahawa bekas peledak KDA FC itu dijangka kekal beraksi di Liga M.
Ifedayo (depan kanan) ketika meraikan jaringan pertamanya buat Kedah bersama rakan sepasukan. — Facebook/KDAFC
BACA LAGI: 'Ubi muda' Sang Penyu sah ke Borneo, nasib Faiz Nasir masih samar
"Top scorers 2020 dan 2021 Ifedayo Olusegun dijangka kekal dalam Liga Malaysia apabila sebuah pasukan dari Lembah Klang berminat mendapatkan khidmatnya untuk musim 2024/25," ciapnya.
Meskipun belum mendedahkan pasukan tersebut, ramai penyokong beranggapan bahawa penyerang berketinggian 1.80 meter itu bakal berhijrah ke PDRM FC.
Selain PDRM FC, Ifedayo juga disebut-sebut sertai Sri Pahang, namun masih belum ada pengumuman rasmi kelab.
Memiliki pengalaman beraksi bersama KDA FC, Selangor FC dan Melaka United, kehadiran Ifedayo pastinya memberi kelebihan kepada PDRM FC untuk mengharungi saingan Liga M musim depan.
Ifedayo mengharungi musim yang positif bersama Sang Kenari setelah mencatatkan 12 gol dalam 11 perlawanan Liga Super dan membuat satu assists walaupun menyertai KDA FC selama 6 bulan sahaja.
Bersama Gergasi Merah, Ifedayo pernah merekodkan 26 jaringan bersama Selangor pada musim 2021 untuk memenangi gelaran Kasut Emas Liga Super 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram