[VIDEO] Dari tukang cuci jadi bintang Iran, Alireza kekal pegang rekod dunia baling bola paling jauh


  • Podium
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Beiranvand mencipta sejarah apabila tersenarai dalam The Guinness Book of World Records. — Agensi

SEBUT sahaja nama Alireza Beiranvand, sudah tentu ramai penyokong bola sepak mengenali penjaga gol tersebut.

Pastinya penyokong bola sepak akan mengingati kisah penjaga gol Iran itu yang pernah mencipta sejarah selepas terkenal kerana membaling bola dalam jarak jauh.

Kejadian tersebut kembali tular di laman X yang menunjukkan detik-detik Beiranvand membaling bola dengan jarak yang jauh pada 11 Oktober 2016 ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Korea Selatan di Stadium Azadi Tehran, Iran.

BACA LAGI: 'Ubi muda' Sang Penyu sah ke Borneo, nasib Faiz Nasir masih samar

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?

Menariknya video tersebut, pertahanan Iran dapat menyekat serangan Korea Selatan dan Beiranvand terus membaling bola tersebut dengan jarak 61 meter.

Selepas berjaya melontar jauh bola tersebut, Beiranvand mencipta sejarah apabila tersenarai dalam The Guinness Book of World Records.

Untuk rekod, bagi menyara hidupnya, Beiranvand bekerja di kilang pakaian, menjadi tukang cuci kereta dan pembersih jalan sebelum berjaya mencapai impiannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram