[VIDEO] Salah timing, aksi ref kena rempuh curi tumpuan di Bundesliga


  • Podium
  • Ahad, 03 Mac 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan detik-detik pengadil perlawanan dirempuh sebelum jatuh tersembam. — Agensi

GELAGAT pengadil Bundesliga yang terjatuh selepas dirempuh pemain sempat mencuri tumpuan peminat bola sepak di Jerman.

Kejadian yang dikongsikan di laman rasmi Instagram Bundesliga itu membabitkan perlawanan antara VfL Bochum dan SV Werder Bremen pada Rabu minggu lepas.

Menerusi video tersebut, beberapa pemain kedua-dua pasukan itu dilihat sedang berebut bola tanpa menyedari kehadiran pengadil yang berada terlalu dekat dengan mereka.

BACA LAGI: 'Ifedayo is back', striker semusim Kedah pilih seteru Selangor jadi destinasi musim depan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dah lama sampai, kita je lalai', video lama TCH di SSI jadi petunjuk JDT bakal dapat PT baharu?

Ketika cuba mendapatkan bola, salah seorang pemain VfL Bochum secara tidak sengaja melanggar pengadil perlawanan sehingga terjatuh.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kembali berdiri untuk mengadili perlawanan tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial tidak kering gusi melihat insiden tersebut.

"Tiada kad yang dilayangkan ke, kesian pengadil pun kena langgar," kata @Sangerandmesh.

"Apa agaknya refree buat dekat sana eh, tengok dari jauh kan cukup, ni dah kena langgar pula," kata @Brunozanchi.

"Pengadil buat lawak pula, nasib je tiada layangan kad," kata @devonn. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram