ATLET silat Sukan Malaysia (SUKMA) dari Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussain meninggal dunia selepas rebah dalam satu pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.
Difahamkan, atlet berusia 21 tahun berkenaan rebah akibat tendangan pihak lawan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa ditendang di dada sebelum tidak sedarkan diri.
"Anggota bertugas telah merespon kes tersebut di tempat kejadian dan membuat (rawatan resusitasi kardiopulmonari) CPR ke atas mangsa selepas menghubungi talian kecemasan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Seremban untuk meminta bantuan ambulans," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Bagaimanapun, menurut kakak mangsa, Wan Nor Haslinda, atlet tersebut disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad ketika menerima rawatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tiada lagi kelibat Din Katak dengan jalur gemilangnya di Seremban, Jamaludin maut kemalangan
Wan Muhammad Haikal ketika menerima rawatan CPR daripada pasukan APM. — Facebook/APM Seremban
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura salah rumah, pasangan Rohingya tersengih kena sergah 'owner' di Seremban
"Adik saya, Wan Muhammad Haikal telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2 lebih pagi tadi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Sesungguhnya, kak saksi semua kebaikan yang telah Chikk (nama manja arwah) lakukan di dunia ni. Rehatlah Chikk di sana. Kami semua akan menyusul Chikk nanti," tulisnya.
Allahyarham merupakan anak keempat dari lima beradik dan difahamkan sudah berada di Seremban untuk Pra Sukma sejak Jumaat lalu.
Difahamkan, kedua ibu bapa kepada mangsa serta adiknya kini berada di Hospital Tuanku Jaafar untuk menunggu laporan post mortem jenazah Allahyarham. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram