DI Jepun, ia sudah menjadi satu perkara sinonim apabila dikaitkan dengan anime. Anime merupakan salah satu daripada perkara yang cukup ikonik buat negara Matahari Terbit tersebut.
Industri anime Jepun telah menghasilkan pelbagai cerita menarik saban tahun. Malah, mereka turut menghasilkan pelbagai anime berkaitan bola sepak seperti Captain Tsubasa dan Inazuma Eleven.
Anime-anime tersebut jelas menjadi inspirasi buat pemain bola sepak di seluruh dunia. Malah, bekas penyerang handalan Sepanyol iaitu Fernando Torres mengakui yang dia benar-benar meminati anime Captain Tsubasa.
Anime tersebut terkenal dengan aksi tendangan berganda atau double shot dan itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan dalam dunia sebenar. Tetapi, ia berjaya dihasilkan dalam saingan liga di Jepun!
BACA LAGI: Kejutan tak masuk akal, Tan Cheng Hoe sah tinggalkan Selangor FC
Watahiki menjaringkan gol untuk kelabnya di minggu pertama J3.League. — Facebook/SC Sagamihara
BACA LAGI: Dilepaskan Negeri Sembilan, Sri Pahang dijangka nanti ketibaan Shahrel Fikri
Dalam saingan J3 League, gandingan dua pemain iaitu Ko Watahiki dan Takumu Fujinuma bergabung dan menghasilkan satu tendangan meletup untuk SC Sagamihara seperti yang tular di Facebook.
Ketika perlawanan bertemu Kitakyushu, satu bola dihantar ke dalam kotak penalti kelab tersebut ketika situasi sepakan penjuru. Situasi kelam-kabut di depan pintu gol berlaku sebelum bola jatuh di depan Watahiki.
Dia dan Fijunuma kemudiannya melakukan rembatan bola serentak ke dalam gol lalu berjaya membantu SC Sagamihara dengan memperoleh tiga mata dalam minggu pembukaan J3 League.
Gol itu dianugerahkan kepada Fijunuma selepas ulang tayang menyaksikan bola mengenai kakinya sebelum menerjah jaring.
Apa yang menariknya, kedua-dua pemain melakukan tendangan berganda seperti dalam anime Captain Tsubasa. Ia sememangnya saling tak tumpah dengan apa yang diperlihat dalam anime tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram