‘JDT elok je main di Larkin’, penyokong Perak tak perlu melatah kena beraksi di Manjung


  • Podium
  • Selasa, 27 Feb 2024

Stadium Manjung akan digunakan oleh Perak FC untuk musim 2024/2025. — Facebook/Perak FC

KELAB Liga Super, Perak FC memilih untuk meninggalkan Ipoh untuk sementara waktu dengan mereka dilihat tidak akan beraksi di Stadium Perak pada tahun 2024.

Hal ini kerana, Stadium Perak dikatakan akan menjalani proses naik taraf dengan fokus adalah kepada pembaikan sistem saliran bagi penjagaan rumput.

Terdapat ura-ura yang Perak turut akan melakukan pertukaran rumput dengan baka jenis Zeon Zoysia atau Bermuda bakal jadi pilihan.

Namun begitu, pengurusan Perak mengatakan pertukaran rumput itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat. Jika ia akan dilakukan, pertukaran akan berlaku pada akhir tahun 2024.

Sementara Stadium Perak menjalani proses penambahbaikan, skuad TBG kendalian Yusri Che Lah akan berhijrah seketika ke Manjung untuk beraksi di sana.

BACA LAGI: Pakai jersi MU, ‘ubi muda’ Selangor dikecam tak hormat kelab sendiri

408997355_409357458311302_7917884067181143101_n

Persiapan turut dilakukan di Stadium Perak sekiranya TBG beraksi di sana. — Facebook/Perak FC

BACA LAGI: Raih 2 emas di ACC 2024, Nurul Izzah boleh disebut bakal sehebat Datuk Azizulhasni

Stadium Majlis Perbandaran Manjung akan menjadi lokasi aksi Perak pada musim ini buat sementara waktu. Untuk rekod, stadium ini pernah digunakan oleh PKNP FC yang kini tidak lagi beraksi dalam kancah Liga Malaysia.

Namun begitu, keputusan untuk beraksi luar daripada Ipoh seperti kurang disenangi oleh sesetengah penyokong Perak. Pada mereka, Perak sepatutnya beraksi di Ipoh yang merupakan gelanggang keramat mereka.

Namun begitu, mereka tidak perlu ambil pusing mengenai di mana Perak akan beraksi pada musim ini. Mengambil contoh Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menantikan Stadium Sultan Ibrahim siap dibina, Harimau Selatan bermain di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin.

"Masa nilah Stadium Perak perlu upgrade. Oleh itu, penyokong tidak perlu melatah bila Perak kena main di Manjung sementara stadium tengah upgrade. Penyokong kena faham setiap perubahan kena berkorban sikit, JDT dulu pun sebelum Stadium Sultan Ibrahim siap mereka main di Larkin, elok je," kata penyokong bernama Mat Aiman.

"Harap proses naik taraf sistem padang berjalan dengan lancar dan cepat siaplah hendaknya," ujar Syahrul Nuzur Sarip.

"Lekas ler upgrade padang Stadium Perak tu," cadang Aliff Zulkiffli pula.

Sebelum ini, pihak Malaysian Football League (MFL) telah melawat Stadium MP Manjung sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Super.

Penutupan sementara Stadium Perak dijangka akan membuatkan TBG beraksi di Manjung sehingga tamat 2024. Jika proses naik taraf berjaya diselesaikan dengan pantas, Perak boleh kembali ke Ipoh dengan lebih awal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram