JDT borong 4 pemain termasuk kembar KL City, Manuel Hidalgo


  • Podium
  • Rabu, 28 Feb 2024

Duo kembar KL City kini sah menjadi pemain JDT untuk musim 2024/2025. — Agensi

KELAB Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mengesahkan mereka telah berjaya mendapatkan empat pemain baharu yang akan menyertai skuad Harimau Selatan.

Juara Liga Super 10 kali itu mengesahkan mereka berjaya mendapatkan pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi, pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo serta pasangan kembar Kuala Lumpur City FC iaitu Declan dan Ryan Lambert.

Menurut Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, tiga daripada empat nama yang direkrut akan dipinjamkan ke kelab lain dengan Azam serta Declan akan kekal di Terengganu FC dan KL City.

Sementara Hidalgo pula akan dipinjamkan ke Sri Pahang FC selepas masanya dengan Kedah Darul Aman FC telah berakhir.

"Azam dan Declan masing-masing telah dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.

"Sementara itu Ryan akan berlatih dengan pasukan utama Harimau Selatan, dan sama ada akan dipinjamkan juga atau diserap ke dalam skuad JDT 2024/2025," kata Edwards dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan JDT.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat aksi lucah lepas dengar nama Messi, CR7 berdepan hukuman berat

BACA LAGI: Jordan Mintah ada pilihan reunion dengan Nafuzi di Sang Kenari atau lunas urusan tertinggal di KL City

Dalam masa yang sama, Edwards turut mengatakan yang JDT dalam proses untuk mendapatkan seorang penjaga gol baharu bagi menguatkan skuad mereka.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan siapakan gerangan yang bakal menjadi rekrut baharu JDT di posisi tersebut.

Ketibaan empat pemain baharu tersebut menyaksikan JDT berjaya mendapatkan Hidalgo yang sebelum ini sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Selatan. Begitu juga dengan Azam yang sudah disahkan menyertai Harimau Selatan walaupun masih mempunyai kontrak bersama-sama Terengganu sehingga akhir musim ini.

Sementara kembar Lambert pula pernah dikaitkan dengan perpindahan ke seteru KL City di Lembah Klang memilih untuk menyertai JDT sekali menamatkan spekulasi perpindahan keluar mereka daripada skuad Warga Kota.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram