Gara-gara terlibat pertaruhan haram, Selangor pernah nangis kehilangan bek Timur Tengah


  • Podium
  • Rabu, 28 Feb 2024

Dayoub (kanan) digantung seumur hidup selepas didapati bersalah dalam skandal mengatur perlawanan. — Facebook/SelangorFC

WALAUPUN seseorang pemain bola sepak mempunyai reputasi cemerlang namun masalah disiplin boleh merosakkan karier profesional mereka dan semakin lenyap dalam dunia sukan tersebut.

Dalam sejarah Liga Malaysia (Liga M) pernah menyaksikan Selangor terpaksa berlapang dada apabila kehilangan pemain import dari Lubnan, Ramez Dayoub selepas didapati bersalah dalam skandal mengatur perlawanan.

Mengimbau laporan media pada 11 tahun lepas, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai larangan seumur hidup yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (Lubnan FA) ke atas Dayoub kerana didakwa mengatur perlawanan.

Dayoub dan rakannya, Mohamad Al-Ali yang ketika itu bermain untuk Persiba Balikpapan dalam Liga Super Indonesia (ISL), didakwa melakukan pertaruhan secara haram dalam beberapa perlawanan kebangsaan dan benua membabitkan pasukan Lubnan.

BACA LAGI: Bek tengah Belanda dedah pindah ke Terengganu demi capai impian bersama Indonesia

ramez

Dayoub hanya sempat beraksi bersama Gergasi Merah selama semusim. — Facebook/SelangorFC

BACA LAGI: Kelab dah pro tapi Selangor, TFC antara 3 skuad Liga Super 'bersantai' jaga identiti dan branding

Selain digantung seumur hidup oleh FA Lubnan, kedua-dua pemain berkenaan juga didenda AS$15,000 (RM71,437) setiap seorang.

Difahamkan, kedua-dua pemain berkenaan adalah antara 24 tonggak Lubnan yang terlibat dalam skandal rasuah yang telah menggegarkan negara berkenaan termasuklah bola sepak Asia.

20 daripada pemain tersebut digantung selama semusim dan didenda AS$3,000 (RM14,287) setiap seorang. Manakala, dua lagi digantung selama tiga musim dan didenda AS$7,000 (RM33,337) setiap seorang.

Dayoub menyertai Red Giants pada musim 2012 bagi memperkuatkan pertahanan Selangor FC namun skandal berkenaan membuatkan FAM tidak berkompromi untuk mengharamkan pembabitan bek tengah itu dalam kancah Liga Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram