Anggap sarung jersi JDT satu penghormatan, Morales ada 2 misi utama bersama Harimau Selatan


  • Podium
  • Sabtu, 24 Feb 2024

Morales akan membantu bahagian serangan JDT bagi mengharungi musim Liga Super 2024/2025.— Facebook/JDT

JENTERA serangan Johor Darul Takzim (JDT) semakin kukuh dan stabil selepas mereka mengumumkan kedatangan pemain Colombia, Romel Morales.

Harimau Selatan mengumumkan kemasukan pemain naturalisasi tersebut ke dalam skuad bimbingan ketua jurulatih Hector Bidoglio bagi mengharungi musim Liga Super 2024/2025.

Penyerang berusia 26 tahun itu membuat perjalanan ke Selatan tanah air selepas menghabiskan dua tahun bersama Kuala Lumpur City dengan dia menjaringkan 39 gol dalam 58 penampilan.

Morales juga merupakan pemain The City Boys yang memenangi Piala Malaysia 2021, selepas menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir.

Pemain yang memulakan karier profesionalnya bersama kelab Argentina, Club Atletico Banfield itu tiba di Malaysia enam tahun lalu pada 2018 dengan menyertai PKNS.

BACA LAGI: [VIDEO] Lupakan sengketa, pertemuan mesra TMJ-Sanusi harmonikan arena bola sepak tanah air

WhatsApp Image 2024-02-24 at 07.47.13

Morales ketika latihan pertama bersama JDT. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Dua set trio penggempur JDT makin dominan, tak mustahil Sumareh antara 3 naturalisasi dalam 'option to buy'

Dia diturunkan sebanyak 32 kali dan menjaringkan gol sebanyak 18 kali, diikuti dengan aksi singkat di Melaka United, bermain 11 perlawanan dan menjaringkan lapan gol.

Dalam pasukan kebangsaan, Morales menjaringkan gol pertamanya untuk Harimau Malaya pada babak kecederaan dan membantu Malaysia mendapat keputusan seri 3-3 menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Asia di Qatar.

Berkongsi perasaannya yang berhijrah ke pasukan juara bertahan Liga Super itu, Morales menganggap satu penghormatan untuk beraksi bersama JDT.

“Saya sangat teruja dengan cabaran baharu ini dalam kerjaya saya. Ia satu penghormatan untuk berada di sini (JDT) mewakili kelab hebat ini.

“Saya mempunyai hasrat yang sama, iaitu untuk menyumbang dan memberikan yang terbaik untuk pasukan.

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan perkara ini tetapi terutamanya terima kasih kepada Pemangku Raja Johor (Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris) atas peluang ini,” katanya.

Harimau Selatan mendedahkan pemain baharu mereka dalam satu video di media sosial, yang menunjukkan Morales akan memakai nombor 19.

Nombor berkenaan sebelum ini digunakan oleh Akhyar Rashid, yang kini dipinjamkan ke Terengganu FC bersama Safawi Rasid.

Morales akan menyertai skuad untuk musim baharu, bersama pemain antarabangsa baharu Jalil Elias dari Argentina, pemain tengah Portugal Francisco Geraldes, dan Nicolao Dumitru kelahiran Sweden. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram