
PENCAPAIAN membanggakan direkodkan skuad kebangsaan Palestin dalam saingan Piala Asia lalu apabila berjaya mencipta kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan.
Meskipun negara Timur Tengah itu berdepan konflik, semangat waja dipamerkan pemain menyaksikan mereka layak ke peringkat kalah mati.
Kejutan sekali lagi dicipta ketika menentang tuan rumah, Qatar dengan skuad kendalian Makram Daboub berkenaan menjadi pasukan pertama membolosi gawang mereka.
Antara faktor utama di sebalik kejayaan pasukan itu adalah kehadiran pemain berkualiti dengan pengalaman beraksi di liga utama sekitar Asia dan Eropah.
BACA LAGI: Sudah dapat 2 tawaran, tonggak pertahanan Kelantan enggan lagi panaskan bangku simpanan
Skuad Kijang Hijau pasti mahu bangkit daripada kekecewaan musim lalu. — Facebook/Kelantan United FC
Jadi, tidak hairanlah apabila peminat bola sepak tanah air turut menyuarakan keinginan mereka untuk menyaksikan pemain Palestin beraksi dalam Liga Super musim depan.
Hasrat itu seakan-akan didengari pasukan Pantai Timur, Kelantan United yang dikhabarkan bakal membawa tonggak negara itu ketika kempen Piala Asia 2023.
Ia berdasarkan satu pendedahan daripada wartawan tempatan, Fadhirul Suhaimi dalam rancangan Astro Arena yang mengatakan sokongan orang ramai akan kehadiran mereka menjadi dorongan utama akan khabar angin itu.
Meskipun tidak mendedahkan individu berkenaan dengan jelas, beberapa pemain Palestin boleh disambar skuad Kijang Hijau yang hanya berada di tangga ke-12 Liga Super musim lalu.
BACA LAGI: Mahu minit permainan, Afzal pilih kekal bumi Kelantan
Mohammed Rashid kini beraksi di Liga Indonesia bersama Bali United. — Agensi
Pemain Bali United, Mohammed Rashid dan jeneral tengah PT Prachuap di Thailand, Tamer Sayem dilihat sesuai untuk menyertai pasukan itu kerana sudah berpengalaman dengan gaya permainan di Asia Tenggara.
Selain itu, kekurangan bajet Kelantan United pasti membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam membawa masuk wajah-wajah baharu untuk mengelakkan isu tunggakan gaji berulang.
Sehingga kini, pasukan berkenaan masih belum memiliki pengendali selepas jurulatih dari Brazil, Ailton Silva menarik diri pada penghujung musim lalu berikutan isu peribadi.
Jika hasrat skuad Kijang Hijau mendapatkan bintang Palestin itu direalisasikan, dia akan menjadi import pertama dalam kalangan lima pemain yang disasarkan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram