Pacak pentas gergasi tengah padang, Ed Sheeran sekali lagi jadi punca rumput SNBJ ‘koyak rabak’, Hans Isaac tolong standby jawapan siap-siap


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Malaysia menjadi pilihan Ed Sheeran untuk mengadakan konsert jelajah dunianya pada Sabtu. — Agensi

RAMAI mengakui yang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) merupakan gelanggang rasmi Harimau Malaya. Tetapi, stadium itu tetap juga digunakan untuk pelbagai acara lain kerana ia adalah gelanggang serbaguna bukannya bola sepak semata-mata.

Rata-rata penyokong bola sepak pasti akan geram apabila SNBJ menganjurkan konsert muzik berskala besar di sana. Mana tidaknya, setiap kali penganjuran konsert, rumput stadium pasti akan menjadi mangsa.

Sebelum ini, kemarahan memuncak apabila rumput SNBJ mengalami kerosakan kerana konsert kumpulan muzik dari England iaitu Coldplay telah menyebabkan kualiti padang menurun.

Kini, rumput yang dijaga dijangka akan mengalami masalah apabila seorang lagi artis England, Ed Sheeran akan mengadakan persembahan di SNBJ pada Sabtu.

BACA LAGI: HM mungkin ‘test’ Jepun sebelum terbang ke Qatar

WhatsApp Image 2024-02-22 at 21.34.24

Kedudukan pentas konsert Ed Sheeran pada Sabtu. — Agensi

Persiapan kini berjalan dengan lancar dengan penyanyi tersebut dijangka akan menghiburkan 80,000 peminatnya yang akan hadir ke stadium tersebut.

Namun begitu, kerisauan mula muncul apabila konsert tersebut bakal menyaksikan pentas yang begitu besar dibina betul-betul di tengah padang SNBJ.

Berbeza dengan konsert-konsert sebelum ini yang meletakkan pentas di kawasan balapan atau tepi padang, persembahan Ed Sheeran akan menyaksikan penyanyi tersebut akan beraksi dari kawasan tengah padang SNBJ.

BACA LAGI: 'Fahami derita pemain', CEO PFAM mahu kerjasama FAM-MFL semakin kuat lawan isu tunggakan gaji

ed

Pentas diletakkan di tengah-tengah. — Agensi

Kedudukan tersebut adalah sama seperti konsert-konsert yang dilakukannya sebelum ini di Glasgow, Toronto dan Dubai.

Apa yang membimbangkan, kedudukan pentas itu bakal memberikan lebih kerosakan kepada rumput SNBJ. Berdasarkan apa yang terjadi pada konsert Sheeran di tempat lain, rumput mengalami kerosakan selepas persembahan diadakan.

Perkara ini amat membimbangkan, kerana aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 akan dilangsungkan lebih kurang sebulan daripada tarikh konsert itu iaitu berdepan Oman pada 26 Mac depan. Persoalannya, mampukah rumput pulih sebelum masanya?

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac perlu tampil memberikan penjelasan jika rumput benar-benar rosak selepas konsert tersebut.

Sudah pasti, namanya akan sekali lagi jadi tumpuan jika perkara itu terjadi. Oleh itu, Hans perlu sediakan jawapan kukuh untuk mengelak daripada terus-menerus menjadi kecaman hebat penyokong Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram