PADANG Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali menjadi topik rungutan penyokong bola sepak tanah air apabila seorang lagi artis antarabangsa, Ed Sheeran akan mengadakan persembahan di gelanggang Harimau Malaya itu pada Sabtu.
Berbeza dengan konsert Coldplay sebelum ini yang menyaksikan pentas diletakkan di tepi padang, artis dari England itu pula memilih kawasan tengah SNBJ sebagai arena untuk menghiburkan kira-kira 80,000 peminatnya malam ini.
Dengan keadaan padang yang dibina betul-betul di tengah padang SNBJ itu, pasti akan menguji kualiti lagi-lagi ia bakal digunakan oleh skuad Harimau Malaya dijangka menggunakan venue sama bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, 26 Mac ini menentang Oman.
Menjengah ruangan komen penyokong, ada di antara mereka sudah mula melontarkan idea masing-masing untuk menyelamatkan aksi Malaysia menentang Oman bagi mengelak insiden memalukan seperti padang tercabut atau 'koyak’ ketika perlawanan berlangsung.
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum konsert Ed Sheeran berlangsung pada malam ini.
Macam mana pula agaknya kalau selepas konsert tu?
Kredit > Orang Awam pic.twitter.com/XJhvXiLXnp
— Majoriti (@majoritionline) February 24, 2024
BACA LAGI: HM mungkin ‘test’ Jepun sebelum terbang ke Qatar
Antara cadangan yang dikemukakan peminat tanah air adalah memilih Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur sebagai venue perlawanan penting.
“FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) kena sewa stadium JDT untuk perlawanan dengan Oman,” kata penyokong Harimau Malaya, Mahmud Jaafar.
“FAM kena tukar venue rasmi Harimau Malaya ke Stadium Merdeka. Tapi kena ubah suai dan tukar rumput baru dulu. Jadikan Stadium Merdeka khas untuk main bola. Yang SNBJ itu lantaklah. Lupakanlah. Dah sibuk nak buat konsert sangat,” cadang penyokong, Alfazli Halili.
Sekiranya ingin mencari venue baharu, SSI mungkin tempat yang sesuai dengan sebelum ini rumah Harimau Selatan berkenaan menjadi gelanggang sementara mengadakan dua aksi persahabatan di SSI menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Mac 2023 sementara menunggu SNBJ siap diselenggara pada waktu itu.
Cadangan dari penyokong mungkin boleh digunakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang sebelum ini turut menerima kecaman hebat kerana membiarkan kualiti padang menurun selepas konsert Coldplay berlangsung pada 22 November lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram