[VIDEO] Dapat jadi ‘1st Eleven’ Penang FC atau tidak, anak jati Kedah serah kepada Akmal Rizal


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Azrie Reza memilih untuk terus menabur bakti bersama Penang FC untuk musim kedua. — Facebook/PenangFC

HUBUNGAN akrab dengan ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, bukan jaminan buat Azrie Reza Zamri mendapat tempat dalam kesebelasan utama Penang FC.

Pemain tengah kelahiran Alor Setar, Kedah berkenaan mengakui perlu berusaha lebih keras, terutama dengan kehadiran beberapa wajah baharu, lapor Stadium Astro.

Musim lalu, pemain berusia 27 tahun itu sememangnya lebih banyak beraksi di bawah bimbingan Akmal Rizal dalam skuad Bawah 23 tahun (B-23) Penang yang bersaing dalam Piala MFL tetapi tahun ini Azrie Reza akan mewakili pasukan utama.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Main huru-hara tidak apa, janji jersi kemas elok', 2 ubi muda dan kit baharu ‘trigger’ fans Penang Haria

BACA LAGI: Ramai teka Syafiq Ahmad, misteri bintang baharu Penang FC terjawab

"Bukan satu kepastian tetapi saya akan berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Penang FC tahun ini,.

“Saya akan cuba bersaing kerana ada pemain baharu yang masuk, jadi saya perlu berusaha lebih lagi.

"Dia (Akmal Rizal) tahu kelebihan saya dan dia tahu apa yang saya boleh lakukan, jadi dia akan tentukan sama ada saya boleh masuk dalam perancangan taktikalnya atau tidak,” katanya memetik temu bual bersama Zulhelmi Zainal Azam, menerusi segmen Keluar-Masuk Liga Malaysia dalam Nadi Arena pada Rabu.

Mengulas lanjut, bekas pemain pinjaman PDRM itu menambah bahawa dia optimis kehadiran ramai pemain muda pasti akan berkemampuan untuk membuat kejutan.

"Tahun ini kami memiliki ramai pemain muda dan saya rasa tiada sebarang masalah dengan pemain muda kerana kami akan melakukan yang terbaik.

"Insya-ALLAH, Penang FC dapat melakukan kejutan kepada pasukan lain dengan pemain yang kami ada.

"Mana tahu jika ada rezeki saya akan dapat mewakili skuad kebangsaan. Itulah sasaran saya untuk tahun ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram